PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Lima kilang musnah dalam kebakaran di Simpang Pulai

Lima kilang musnah dalam kebakaran di Simpang Pulai

IPOH, 23 Jun - Lima buah kilang musnah dalam satu kejadian kebakaran besar yang berlaku di Taman Perindustrian Song Choon, Simpang Pulai, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian yang dilaporkan pada pukul 1.44 pagi itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Beliau berkata, kebakaran melibatkan lima lot kilang bersaiz 150 x 70 kaki setiap satu.

"Tiga daripadanya merupakan kilang memproses peralatan sembahyang yang masing-masing musnah sehingga 70 peratus.

"Dua lagi kilang yang masing-masing memproses cat dan teh herba pula dilaporkan terbakar sehingga 80 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi memadamkan kebakaran melibatkan 38 anggota bomba dan 15 anggota bomba sukarela dari enam balai berhampiran termasuk Pasukan Khas Bahan Berbahaya (HAZMAT).

Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search