PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir di Johor makin buruk, lebih 13,000 mangsa di 95 PPS

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor makin buruk dengan bilangan mangsa banjir terus meningkat melebihi 13,000 orang yang ditempatkan di 95 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah.

Setakat jam 8 pagi tadi, semua daerah di negeri ini dilaporkan hujan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, setakat jam 8 pagi ini, jumlah mangsa banjir meningkat menjadi 13,089 orang terdiri daripada 3,749 keluarga berbanding 12,686 orang daripada 3,709 keluarga pada malam tadi.

Beliau berkata, bilangan mangsa banjir di Johor Bahru terus meningkat kepada 5,402 orang (1,532 keluarga) dengan 27 PPS masih aktif, diikuti Kluang 2,458 orang (708 keluarga) yang ditempatkan di 22 PPS dan Pontian 1,782 orang (488 keluarga) di 21 PPS.

"Daerah Kota Tinggi menunjukkan peningkatan kepada 1,690 orang (491 keluarga) yang berlindung di 15 PPS manakala di Kulai mangsa banjir 1,531 orang (460 keluarga) di lapan PPS.

"Batu Pahat turut dilanda banjir dengna 226 mangsa (70 keluarga) dengan satu lagi PPS diaktifkan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Bagaimanapun, beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Kluang sudah ditutup.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Segamat dan Kluang pagi ini, namun tiada sebarang amaran hujan bagi negeri ini.

Pada masa sama, Sungai Batu Pahat, Sungai Endau dan Sungai Pulai sahaja yang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya.

Terdapat tiga jalan yang terputus hubungan iaitu dua di Kota Tinggi dan satu di Segamat.

Jalan Lukut Cina di Taman Aman, Kota Tinggi yang terjejas denganbanjir ditutup untuk semua jenis kenderaan akibat arus deras dengan Jalan Johor Bahru - Endau dekat LGM atau Bukit Samsu menjadi laluan alternatif.

 

Jalan Mawai Lama, Kota Tinggi juga ditutup untuk semua jenis kenderaan kerana arus deras dan laluan alternatif adalah di Jalan Lok Heng atau Jalan Mawai atau Sungai Mas.

Jalan Jabi, Bukit Tempurung di Segamat pula ditutup untuk semua jenis kenderaan, namun tiada laluan alternatif.

Flood resources mobilised

PETALING JAYA: Resources and assets have been deployed to ensure the safety and welfare of people affected by floods in Johor, Sabah and Sarawak, said Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (pic).

From rescue operations to the distribution of essential aid, the Deputy Prime Minister said efforts are being made to ensure the victims receive proper aid.

“As we enter the last 10 days of Ramadan, our brothers and sisters in Johor, Sabah and Sarawak are being tested by unexpected floods. My heart aches when I hear the cries of those affected.

“Homes are submerged, belongings destroyed and young children forced to take shelter in evacuation centres.

 

“What we see is already heartbreaking, but for those experiencing it, the hardship is far greater,” he said in a post on X.

On the high number of flood victims in Johor, Ahmad Zahid said the state disaster management committee has mobilised operational assets to ensure the search and rescue of victims can be carried out swiftly.

He said this includes 8,289 personnel, 206 boats, 157 SUVs and vans, 91 lorries, 15 ambulances, two aircraft and a drone to be used for flood operations in the state.

As of late yesterday, a total of 10,851 flood victims have been placed at 93 temporary evacuation centres (PPS) across five districts in Johor.

The district that recorded the highest number of victims is Johor Baru (4,319), followed by Kluang (2,191), Kota Tinggi (1,762), Pontian (1,422) and Kulai (1,157).

Ahmad Zahid expressed sympathy to those affected by floods and hoped they would be patient and strong, especially in the run-up to Hari Raya Aidilfitri.

“To reduce the loss of life due to this weather phenomenon, I have asked the authorities, including district offices and agencies, to closely monitor high-risk areas.

“The public is advised to be ­vigilant and be aware of weather changes before planning any activities, especially during the upcoming festive season,” he added.

Enam stesen pemancar telekomunikasi 5G di JOHOR terjejas akibat banjir

KULAI: Sebanyak enam stesen pemancar telekomunikasi 5G di Johor telah terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata lima daripadanya, melibatkan stesen pemancar di daerah Johor Bahru dan satu di Pontian.

“Semua stesen pemancar 5G ini terjejas akibat bekalan elektrik yang terhenti, namun begitu ia tidak mengganggu perkhidmatan 4G.

“Justeru, situasi ini akan terus dipantau dan kita percaya stesen tersebut akan dapat beroperasi semula selepas bekalan kembali pulih,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Dewanraya Taman Senai Utama, di sini semalam.

Teo berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil inisiatif menyediakan Wi-Fi percuma di PPS yang mempunyai jumlah mangsa yang ramai di Sabah, Sarawak dan Johor.
 
“Secara keseluruhan empat PPS di Sabah telah dipasang Wi-Fi, sementara 12 di Sarawak dan dua di Johor.
 

“Di Johor membabitkan Dewanraya Taman Senai Utama dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu, sementara dua lagi akan dipasang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang dan Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata dianggarkan lapan juta Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) amaran awal bencana telah dihantar oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna setakat November 2024 sehingga 10 Feb.

“Pada November sahaja sebanyak 2.7 juta SMS telah dihantar, sementara Disember 4.1 juta, sejuta pada Januari dan 13,700 setakat 10 Feb.

“Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat telekomunikasi yang telah membantu kerajaan menghantar amaran awal bencana,” katanya.

Teo turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil berat amaran yang telah diberikan, bagi mengelakkan dari sebarang kejadian tidak diingini.

Terdahulu, Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai menyerahkan sumbangan berupa tilam dan kerusi malas di PPS Dewanraya Taman Senai Utama yang menempatkan seramai 136 orang mangsa.

 
 
 
 
 

Flood evacuee numbers rise in Johor, Sarawak as rain remains unrelenting

KUALA LUMPUR, March 22 — The number of flood victims evacuated to relief centres (PPS) in Johor and Sarawak continues to increase as of 8 am today, while in Sabah it remains the same.

In Johor, Batu Pahat is the latest district to be hit by the floods, bringing the number of victims in the state to 13,089 people as of 8 am today, from 11,776 people yesterday.

 

State Disaster Management Committee (JPBN) chairman Tan Sri Dr Azmi Rohani said all the evacuees, involving 3,749 families, are being accommodated at 95 PPS in six districts.

“The Johor Bahru district recorded the highest number of victims, totalling 5,402 people, followed by Kluang (2,458), Pontian (1,782), Kota Tinggi (1,690), Kulai (1,531) and Batu Pahat (226), he said in a statement today.

He said three flood measuring stations recorded a dangerous level, namely the Sungai Lenik station at Ladang Chaah, Batu Pahat, with a reading of 6.26 metre (m); Sungai Kahang in Kampung Contoh, Kluang (15.57m); and Sungai Pulai at Kampung Ulu Pulai, Pontian (3.25m).

 

Two roads in Kota Tinggi are submerged under flood water and closed to all vehicles. They are Jalan Lukut Cina (Taman Aman) and Jalan Mawai Lama, and also Jalan Jabi Bukit Tempurung, in Segamat.

In Sarawak, the number of residents evacuated due to the floods has increased to 969 people this morning from 435 people yesterday.

The State Disaster Management Committee reported that another PPS has been opened in Sibu, bringing the total number of evacuees in the district to 352 people, while 617 people have been evacuated in the Kapit district.

In Sabah, there is no change in the number of flood victims, with 379 people from 124 families still at eight PPS as of 8 am today.

According to the State Disaster Management Committee Secretariat, the PPS are opened in six districts in Sabah, namely Beluran, Sandakan, Paitan, Pitas, Keningau and Sipitang. — Bernama

 

13,089 mangsa banjir Johor di 95 PPS

PETALING JAYA: 

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 13,089 orang daripada 3,749 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 12,686 orang daripada 3,709 keluarga malam tadi.

Semua mangsa banjir itu ditempatkan di 95 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Azmi Rohani, berkata jumlah mangsa banjir di Johor Bahru terus meningkat kepada 5,402 orang (1,532 keluarga) dengan 27 PPS dibuka, diikuti Kluang 2,458 orang (708 keluarga) di 22 PPS dan Pontian 1,782 orang (488 keluarga) di 21 PPS.

“Kota Tinggi menunjukkan peningkatan kepada 1,690 orang (491 keluarga) berlindung di 15 PPS, manakala mangsa banjir di Kulai berjumlah 1,531 orang (460 keluarga) di lapan PPS.

 

“Batu Pahat turut dilanda banjir dengan 226 mangsa (70 keluarga) dan satu lagi PPS diaktifkan,” katanya menurut Berita Harian. Tetapi, beliau berkata, lima PPS di Kluang sudah ditutup.

Dalam pada itu itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Segamat dan Kluang pagi ini, tetapi tiada amaran hujan bagi Johor.

Pada masa sama, bacaan paras air di Sungai Batu Pahat, Sungai Endau dan Sungai Pulai melepasi tahap bahaya, manakala dua jalan di Kota Tinggi serta satu jalan di Segamat terputus hubungan.

Jalan Lukut Cina di Taman Aman, Kota Tinggi ditutup kepada semua jenis kenderaan akibat arus deras, dengan Jalan Johor Bahru – Endau dekat LGM atau Bukit Samsu menjadi laluan alternatif.

Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi turut ditutup kepada semua jenis kenderaan akibat arus deras dan laluan alternatif di Jalan Lok Heng atau Jalan Mawai atau Sungai Mas.

Jalan Jabi, Bukit Tempurung di Segamat pula ditutup kepada semua jenis kenderaan, tetapi tiada laluan alternatif.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search