YBhg Ketua Pengarah Bersama Pihak Pengurusan NADMA Menziarahi Keluarga Allahyarhamah Pbt (PA) Nor Hezlina Nazrin
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
YBhg Ketua Pengarah bersama pihak pengurusan NADMA menziarahi keluarga Allahyarhamah Pbt (PA) Nor Hezlina Nazrin di Kanchong Darat yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya awal pagi semalam.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
𝐈𝐍𝐓𝐈𝐏𝐀𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀:𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐘𝐀 (𝐌𝐁𝐃) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
𝐈𝐍𝐓𝐈𝐏𝐀𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀:𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐘𝐀 (𝐌𝐁𝐃) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Sesi Libat Urus Bersama Media mengenai Kesiapsiagaan Kerajaan Menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) Tahun 2026 mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh penyampaian maklumat bencana yang cepat, tepat dan berkesan kepada rakyat.
Kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan rakan media bukan sekadar memastikan penyebaran maklumat yang sahih, malah memperkukuh kesiapsiagaan komuniti, mengurangkan risiko panik serta membantu rakyat membuat keputusan yang tepat ketika berdepan situasi kecemasan.
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒
NADMA terus memperkukuh peranannya sebagai penyelaras utama pengurusan bencana negara dengan menggerakkan pendekatan bersepadu .
Melalui penyelarasan bersepadu ini, NADMA berharap semua agensi berkaitan sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan optimum dalam menghadapi sebarang risiko bencana akibat cuaca panas dan kering.
NADMA akan terus memantau perkembangan situasi semasa, menyelaras tindakan rentas agensi serta memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
Cuaca panas boleh menjejaskan fokus, kesihatan dan keselamatan anda.
MITOS FAKTA PPKB
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Mitos atau Fakta?
PPKB bukan sekadar pusat pemindahan ketika bencana.
Ia merupakan kemudahan kekal yang dibina untuk menyediakan perlindungan yang lebih selesa dan teratur kepada mangsa bencana. Apabila tiada bencana, PPKB terus dimanfaatkan oleh masyarakat setempat sebagai pusat aktiviti komuniti.
Melalui inisiatif Kerajaan MADANI, NADMA terus memperkukuh kesiapsiagaan bencana sambil memastikan setiap kemudahan yang dibangunkan memberi nilai tambah kepada kesejahteraan rakyat.
