Sesi Lawatan Dari Pihak Project Management Office (PMO) ke NDCC
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
6 Ogos 2024 - Telah berlangsung satu sesi lawatan dari pihak Project Management Office (PMO) Sistem Maklumat Pusat Kawalan Penyakit Negara (eNCDC), Bahagian Kawalan Penyakit (BKP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC). Sesi ini adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai keperluan projek eNCDC dalam melakukan integrasi dengan sistem NADMA dalam pengurusan bencana dan krisis kesihatan awam.