๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐ โ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Seramai 4 orang delegasi dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang diketuai oleh Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) bersama-sama Encik Addyhanis Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Encik Mohd Khairi Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik dan Encik Mohd Hafiz Hairi Amerudin, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Teknikal & Infrastruktur telah menghadiri Milipol TechX Summit 2026 (MTX) yang berlangsung di Singapura, merupakan kerjasama antara Civipol (Perancis) dan Home Team Science and Technology Agency (HTX) Singapura.
ย
MTX merupakan platform antarabangsa yang menghimpunkan pakar keselamatan awam, inovator teknologi, profesional industri serta penggubal dasar dari seluruh dunia bagi berkongsi idea dan meneroka penyelesaian teknologi terkini. Lebih 50 pempamer antarabangsa telah mempamerkan inovasi dalam bidang Sains, Robotik, Siber dan Pembangunan Teknologi.
ย
Selain itu, Delegasi NADMA juga mengadakan lawatan teknikal ke ST Engineering, Singapura bagi meninjau teknologi terkini yang berpotensi diaplikasikan dalam pengurusan bencana di Malaysia selain turut mengadakan kunjungan hormat kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, YBhg. Datoโ Indera Dr. Azfar Mohamad Mustafar.
ย
Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADMA dalam memperkukuh keupayaan pengurusan bencana negara melalui adaptasi teknologi moden serta jaringan kerjasama di peringkat antarabangsa.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ / ๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ / ๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Tuan Addyhanis Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi selaku Ketua Pasukan ๐๐ฐ๐ฎ๐ฆ-๐๐ข๐ด๐ฆ๐ฅ ๐๐ถ๐ฑ๐ฑ๐ฐ๐ณ๐ต, pegawai SMART dan 2 pegawai K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menghadiri Mesyuarat MAS01 Go/No Go secara atas talian bersama-sama 14 ๐๐ญ๐ข๐ด๐ด๐ช๐ง๐ช๐ฆ๐ณ๐ด IER MAS01, wakil UNOCHA Rantau Asia Pasifik, pemerhati dari Jabatan Bomba New South Wales, Australia serta 2 Mentor MAS01 iaitu Mr. David Lewis dan Mr. Tim Hassiotis. INSARAG telah menetapkan senarai ๐๐ญ๐ข๐ด๐ด๐ช๐ง๐ช๐ฆ๐ณ๐ด untuk MAS01 SMART IER 2026 adalah dari China, Rusia, Korea Selatan, Norway, Algeria, Australia, Singapura, Jordan, Turkiye dan Hong Kong.
ย
Mesyuarat ini diadakan bagi proses penilaian lanjutan melibatkan pembentangan Pasukan SMART selepas para ๐๐ญ๐ข๐ด๐ด๐ช๐ง๐ช๐ฆ๐ณ๐ด membuat penelitian literatur melalui dokumen Laporan ๐๐ฆ๐ฏ๐ต๐ฐ๐ณ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐๐ฐ๐ฎ๐ฑ๐ณ๐ฆ๐ฉ๐ฆ๐ฏ๐ด๐ช๐ท๐ฆ ๐๐ฐ๐ณ๐ต๐ง๐ฐ๐ญ๐ช๐ฐ ๐ฐ๐ง ๐๐ท๐ช๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ (๐๐๐๐) yang telah dikemukakan kepada Sekretariat INSARAG pada Februari lalu.
ย
Proses penilaian secara dalam talian ini adalah sangat penting dalam menentukan tahap kesediaan Pasukan SMART untuk menjalani IER pada September 2026 melalui keputusan GO or NO GO.
Supt. Safrizan Suhaini, wakil Pasukan SMART telah berjaya meyakinkan para penguji dan Sekretariat INSARAG melalui pembentangan yang dibuat mengenai status tindakan penambahbaikan dan pematuhan terhadap 12 senarai semak โkuningโ yang diperoleh semasa IEC 2016 serta justifikasi Senarai Semak IER 1-6. Oleh itu, mesyuarat telah sebulat suara memutuskan โGOโ kepada Pasukan MAS01 SMART untuk melalui proses IER dari 20 hingga 25 September 2026.
ย
Tahniah kepada Pasukan MAS01 SMART!
ย
Menjelang September, Pasukan SMART akan menjalani sesi simulasi penuh pre-IER bersama Mentor dari 21 hingga 27 Jun 2026, pengukuhan akhir semua komponen USAR (๐ฎ๐ข๐ฏ๐ข๐จ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต, ๐ญ๐ฐ๐จ๐ช๐ด๐ต๐ช๐ค๐ด, ๐ด๐ฆ๐ข๐ณ๐ค๐ฉ, ๐ณ๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ & ๐ฎ๐ฆ๐ฅ๐ช๐ค๐ข๐ญ) dan persediaan akhir untuk pengurusan dan logistik program bertaraf antarabangsa ini.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
Pengurusan Tertinggi NADMA bersama-sama mengikuti siaran langsung Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi bulan Mei secara atas talian.
ย
NADMA menyahut seruan YAB Perdana Menteri supaya terus bekerja dengan lebih berintegriti kepada rakyat.
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) | ๐๐โ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Angkatan Tentera Malaysia bersama pelbagai agensi responder telah melaksanakan Eksesais Mascal Hornbill (HADR) Siri 1/2026 yang menghimpunkan koordinasi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Pejabat Daerah Melaka Tengah.
ย
Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh Lt Kol Yusrin Azuan Ab Aziz, Pegawai Memerintah Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para), bersama kehadiran Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO), NADMA.
ย
Eksesais ini bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan pasukan dalam melaksanakan operasi Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) melalui pendekatan menyeluruh melibatkan teori operasi, Table Top Exercise (TTX) serta simulasi bencana banjir.
ย
Pelaksanaan eksesais ini memberi penekanan kepada pengukuhan kesiapsiagaan agensi responder dalam menghadapi bencana; keupayaan merancang dan melaksanakan operasi secara bersepadu, serta kefahaman peranan dan tanggungjawab selaras dengan Arahan NADMA No. 1.
๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐๐ง๐ญ ๐๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐๐ฎ๐ก๐ค๐๐ง ๐ญ๐ข๐ซ๐๐ข ๐ฉ๐๐๐ ๐ก๐๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Pameran Resilient Asia 2026 melabuhkan tirai pada hari ini. Seawal jam 10.00 pagi orang ramai mula hadir bersama keluarga untuk merasai sendiri pengalaman di pameran pengurusan bencana yang julung kali diadakan di Malaysia pada tahun ini.
ย
Pelbagai ragam dan keletah semua yang hadir dari pelbagai peringkat umur yang penuh semangat dan teruja dengan pelbagai aktiviti interaktif yang ditawarkan di semua reruai pempamer.ย
ย
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, YAS Datoโ Ir. Ts. Ahmad Izram Osman turut meluangkan masa melawat ke seluruh pameran dan turut menyaksikan demonstrasi Pasukan SMART.
ย
Terima kasih kepada semua yang telah datang berkunjung ke reruai NADMA!
ย
Siaga Bencana, Tanggungjawab Bersama!ย
