SIBU (Feb 20): A total of 10 victims whose houses at Rantau Panjang Jaya were struck by the landslide received financial aid from the Sibu MP Oscar Ling’s service centre recently.
Ling visited the victims to inspect the damage caused by the collapsed road.
He also met with worried homeowners and the disaster relief committee about the situation.
“The disaster relief committee needs to expedite the review and disbursement of repair funds for the damages caused by the landslide in the area,” he said.
Ling also doubted that the affected victims could stay in the event that the disaster relief centre closed, as renting alternate housing would add to the financial burden.
He highlighted the residents’ concerns that if repair work is not carried out immediately, further rainfall could worsen the landslide and potentially compromise the structural integrity of their homes.
On Feb 4, a landslide occurred at Lane 7 and Lane 12 of Rantau Panjang Jaya.
The incident involved eight families at Lane 7 and two families at Lane 12, who incurred losses as the landslide damaged the walls of their houses.
The residents are urging the relevant authorities to resolve the issue as it poses significant risks to their homes and safety.
ISTANBUL, 19 Feb: Sekurang-kurangnya 14 orang maut apabila banjir besar dan musim sejuk melampau melanda beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) dengan operasi menyelamat masih diteruskan di tengah-tengah paras air yang meningkat dan suhu yang semakin dingin.
Menurut Anadolu Ajansi, negeri selatan Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.
“Kami baru sahaja mengalami satu daripada bencana alam paling dahsyat yang pernah kami saksikan dalam hidup kami,” kata Gabenor Kentucky Andy Beshear pada Isnin, memberi amaran kru kecemasan masih berusaha untuk menyelamatkan penduduk yang terkandas.
Lebih 1,000 misi menyelamat dilakukan, termasuk pemindahan melalui bot dan helikopter.
West Virginia turut berdepan krisis dengan “paras air yang tinggi” dan beberapa orang hilang, menurut Gabenor Patrick Morrisey.
Lima amaran kecemasan banjir kilat dikeluarkan di seluruh Virginia, West Virginia dan Tennessee pada hujung minggu, dengan Obion County, Tennessee mengisytiharkan darurat selepas banjir melimpahi benteng memaksa pemindahan wajib.
Bencana ini berlaku ketika Gelombang Sejuk Artik melanda kawasan tengah AS, membawa angin sejuk melampau yang boleh mengancam nyawa lebih 60 juta rakyat.
Suhu sejuk yang membeku serendah -60 darjah Fahrenheit (-51 darjah Celsius) dijangka di Northern Plains, manakala suhu di negeri selatan dan tengah selatan seperti Texas, Oklahoma, Arkansas dan Tennessee dijangka menjunam sehingga dua digit.
“Jika bekalan elektrik tidak ada dalam beberapa hari lagi, cari tempat yang hangat,” gesa Beshear, memberi amaran mengenai risiko tinggi hipotermia ketika udara beku bergerak masuk.
Lebih 340 jalan raya masih ditutup di Kentucky dengan kerosakan infrastruktur semakin meningkat.
“Sekurang-kurangnya 10 jambatan di Pike County hilang terus,” kata Hakim Eksekutif Daerah Ray Jones yang mengesahkan kemusnahan yang meluas. Banjir kali ini memburukkan lagi usaha pemulihan selepas banjir 2022 yang meragut 43 nyawa.
Beshear mengisytiharkan darurat pada Jumaat dan kemudian mengucapkan terima kasih kepada Presiden Donald Trump kerana meluluskan pengisytiharan bencana persekutuan bagi mempercepatkan bantuan, menurut Anadolu.
Pasukan Pengawal Kebangsaan, polis negeri dan agensi tempatan meneruskan operasi menyelamat dan pemulihan ketika paras air sungai masih tinggi dan salji tambahan berpotensi memburukkan lagi krisis.
Dengan suhu dijangka turun ke bawah paras beku sehingga ke selatan Texas, peramal cuaca memberi amaran bahawa keadaan mungkin bertambah buruk. -TVS
KUALA LUMPUR, 19 Feb: Sebanyak 136 projek tebatan banjir telah diluluskan dengan jumlah kos RM22.86 bilion di bawah Rolling Plan Kelima (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, daripada jumlah tersebut, 35 projek kini berada di peringkat pra-pelaksanaan manakala 73 projek sedang dilaksanakan.
Beliau yang juga menteri di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan pendekatan secara struktur dan bukan struktur untuk meningkatkan sistem saliran dan infrastruktur negara.
“PETRA dengan sokongan JPS telah melaksanakan projek rancangan tebatan banjir, termasuk projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi (TBBT).
“Projek ini melibatkan pembinaan dan penaiktarafan pelbagai infrastruktur seperti ban, dinding banjir, struktur kawalan, rumah pam, pintu air, kolam takungan, serta kerja-kerja melebar dan mendalamkan sungai.
“PETRA turut melaksanakan pendekatan bukan struktur dengan menyediakan pelan induk tebatan banjir di seluruh negara secara berperingkat,” katanya ketika penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, Fadillah berkata usaha itu bertujuan menyediakan pelan tindakan dan penyelesaian banjir yang menyeluruh.
“Kajian-kajian yang dijalankan mengambil kira faktor-faktor perubahan iklim serta perubahan guna tanah sebelum cadangan pelaksanaan projek fizikal,” katanya.
Beliau turut memaklumkan setahun RP5 2025, sebanyak 50 pelan induk tebatan banjir telah disiapkan dan enam lagi pelan sedang dibangunkan dengan tiga pelan dirancang untuk dimulakan pada Jun depan.
“Selain itu, PETRA juga melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pengoperasian dan kecemasan luar jangka bagi memulihara struktur-struktur yang rosak akibat banjir dengan jumlah kos sebanyak RM540 juta,” katanya. – TVS
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak Setia di Karak, Bentong, Pahang kini meningkat kepada 95 orang.
Semakan di laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 5 petang tadi, menunjukkan terdapat 28 keluarga membabitkan 95 mangsa banjir kini berlindung sementara di PPS berkenaan.
Mereka terdiri daripada 62 lelaki dan wanita dewasa, 29 kanak-kanak lelaki dan perempuan serta empat bayi termasuk seorang bayi perempuan.
Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan, memaklumkan setakat jam 4 petang tadi, empat PPS dibuka di seluruh negara akibat bencana banjir dan tanah runtuh.
Dua PPS beroperasi di Sarawak iaitu di Miri dan Sibu yang menempatkan 158 mangsa daripada 37 keluarga yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh.
Sementara itu, satu PPS beroperasi Jelebu, Negeri Sembilan yang menempatkan 96 mangsa daripada 24 keluarga yang terjejas banjir serta satu PPS yang baharu dibuka di Bentong, hari ini ekoran kejadian banjir di Karak.
Terdahulu, BH melaporkan Kampung Karak Setia dan Kampung Mangin di Karak, Bentong dekat sini, dilaporkan dilanda banjir dengan 38 keluarga sudah berpindah sementara di PPS SMK Karak Setia.