PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

13 kawasan di Klang bebas banjir Oktober ini

KLANG: Sebanyak 32 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM47.55 juta akan dilaksanakan kerajaan Selangor di Klang bagi mengatasi masalah limpahan air di 13 kawasan panas, dijangka siap seawal Oktober ini.

Exco Infrastruktur dan Pertanian, Datuk Izham Hashim berkata, bagi pelan jangka pendek ia meliputi kawasan di Kampung Johan Setia, Taman Teluk Pulai dan Kampung Bukit Kapar yang berjumlah RM3.35 juta.

Menurutnya, sementara bagi jangka sederhana serta panjang pula meliputi 10 dan lima projek masing-masing berjumlah RM8 juta dan RM36 juta.

“Langkah jangka pendek diambil seperti menaik taraf longkang, membaiki pintu kunci air, membina parit baharu dan sebagainya.

“Semua projek ini akan diuruskan oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Selangor,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kemajuan infrastruktur bagi kawasan seliaan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) (Banjir/Jalan dan Cerun), kelmarin.

Jelasnya, keputusan mesyua­rat tersebut akan dibentangkan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dua minggu lagi bagi mendapatkan kelulusan daripada kerajaan ne­geri.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Kerajaan Sela­ngor melaksanakan projek RTB bernilai RM4 bilion bagi mengatasi masalah limpahan air sungai termasuk di Klang dan Shah Alam dalam tempoh dua hingga empat tahun bagi pelan jangka pendek serta panjang.

Ia merupakan tambahan per­belanjaan daripada peruntukan sebanyak RM22.57 bilion diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bagi keseluruhan projek RTB negeri ini yang dijangka siap sepenuhnya pada 2030.

Tambah Izham, beliau akan membuat tinjauan bagi projek sama di Shah Alam dan mempengerusikan mesyuarat berkaitan masalah tersebut untuk menyelaras semula ke semua projek RTB di kawasan berkenaan. – UTUSAN

 

Monsun Barat Daya bermula 10 Mei hingga September, jumlah hujan lebih rendah

KUALA LUMPUR – Musim Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 10 Mei 2025 dan akan berterusan sehingga September 2025 berikutan keadaan angin yang mula bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke rantau ini.

Sepanjang musim ini, kadar kelembapan udara kelazimnnya adalah rendah menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan di kebanyakan tempat.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, negara ini akan menerima jumlah hujan yang lebih rendah berbanding tempoh lain dengan bilangan hari tanpa hujan adalah lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.

Walau bagaimanapun, hujan lebat berserta angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah, terutamanya pada awal pagi berikutan kehadiran fenomena garis badai.

Ia merupakan barisan ribut petir yang terbentuk akibat daripada penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

Semasa kemuncak musim ini pada Julai hingga September, fenomena jerebu setempat dan rentas sempadan boleh berlaku sekiranya aktiviti pembakaran terbuka tidak dikawal.

Oleh itu, beliau berkata, sebarang pembakaran terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan bencana jerebu yang akan mencemarkan alam sekitar negara.

Beliau turut menyarankan orang ramai menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini. – MalaysiaGazette

Hujan lebat di enam negeri malam ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga malam ini.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat dijangka melanda di Pahang (Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin), Selangor (Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol), Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi).

“Ribut petir pula dijangka berlaku di Sabah sekitar Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau) dan Kudat (Kota Marudu).
 
“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di Sarawak daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Belaga) dan Bintulu (Bintulu dan Sebauh)” katanya. – KOSMO! ONLINE

Eight evacuated after high tide floods home in Lawas

LAWAS (May 6): Fire and Rescue Department (Bomba) personnel from the Lawas station evacuated eight individuals after their home in Kampung Seberang Kedai Terusan was inundated by floodwaters this morning.

According to a spokesperson from the Sarawak Fire and Rescue Operations Centre, a team was dispatched to the scene located about 20 kilometres from the station after receiving an emergency call at 10am.

“Lawas Control Room officers received a report from the public regarding a flood incident caused by a high tide phenomenon, which resulted in water rising to approximately 1.5 feet inside the house,” the spokesperson said in a statement today.

All eight victims from the affected household were safely evacuated to a nearby road that had been identified as a secure location.

No temporary evacuation centre (PPS) was opened, as the water level was reported to be receding.

 

13 still missing as search continues at collapsed building in Bangkok

BANGKOK: The basement and surrounding area of the collapsed State Audit Office (SAO) building have been cleared, while officials continue the search for 13 missing individuals.

The search for trapped victims at the collapse site of the SAO building in Bangkok’s Chatuchak district progressed significantly on Tuesday (May 6), according to Suriyachai Rawiwan, Director of the Bangkok Metropolitan Administration (BMA)’s Disaster Prevention and Mitigation Office.

He reported that no additional survivors or victims had been found during the search from last night through Tuesday morning.

However, rescue teams have now fully cleared the concrete floor of the basement and surrounding area, covering approximately 40×40 metres.

 

 

“What remains is the collapsed section adjacent to parking zone B, which is about 3 metres tall and 15–20 metres wide,” he said. “Clearing this remaining debris is expected to take another 2–3 days.”

Meanwhile, officials plan to conduct DNA testing on 280 human body parts stored at the Police General Hospital’s Forensic Institute.

These will be compared against the list of the 13 missing persons. If all identities cannot be confirmed, authorities may need to reassess the total number of missing individuals, Suriyachai added.

The under-construction 30-storey building on Kamphaeng Phet 2 Road collapsed on March 28 following an 8.2-magnitude earthquake near Mandalay, Myanmar, trapping more than a hundred workers inside.

As of Tuesday, the BMA has reported a total of 109 victims from the incident. Of these, 87 have been confirmed dead, nine were injured, and 13 remain missing. - The Nation/ANN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search