PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Jerebu: JAIS tutup Sekolah Agama Negeri di 7 daerah

Jerebu: JAIS tutup Sekolah Agama Negeri di 7 daerah

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan Sekolah Agama Negeri (SAN) di tujuh daerah ditutup esok berikutan perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata penutupan di daerah Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Sepang dan Petaling itu berkuat kuasa sehingga diberitahu semula.

"SAN di daerah Hulu Selangor dan Sabak Bernam akan beroperasi seperti biasa.

"Namun, pelajar diberikan kelonggaran untuk tidak hadir ke sekolah sekiranya bimbang akan tahap kesihatan, dan hendaklah memaklumkan ketidakhadiran kepada pihak sekolah," katanya.

Beliau berkata, guru dan pelajar terbabit dengan pengoperasian sekolah digalakkan memakai pelitup muka serta tidak melakukan aktiviti di luar kelas sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, pelajar mengalami akut lelah serius hendaklah diawasi rapi oleh pihak sekolah.

"Pelajar berasrama di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Istana Bandar, Kuala Langat; MITS Alam Impian, Klang; MITS Bagan Lalang, Sepang dan MITS Pandan Indah, Hulu Langat disarankan untuk terus berada di asrama sepanjang penutupan sekolah selagi keadaan selamat dan kebajikan terjamin.

"Namun, ketetapan ini tertakluk kepada penjadualan asrama masing-masing dan pemakaian pelitup muka hendaklah sentiasa diamalkan bagi mengelakkan gangguan kesihatan yang serius," katanya.

Mohd Shahzihan turut meminta Sekolah Islam Persendirian (SIP) di daerah terbabit mematuhi ketetapan terbabit.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search