Jerebu: Malaysia sedia bantu Indonesia padam kebakaran hutan
- Admin UKK
- Berita
Malaysia kekal bersedia menghulurkan bantuan kepada Indonesia bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan, selain mengusulkan mekanisme kerjasama pada peringkat ASEAN bagi memperkukuh tindakan bersama menangani masalah itu.
“Malaysia kekal bersedia menghulurkan bantuan sepertimana yang telah ditawarkan sebelum ini,” kata beliau menerusi hantaran Facebook hari ini.
Anwar turut mengiktiraf usaha pemerintah Indonesia yang mengerahkan puluhan ribu anggota serta pelbagai aset udara bagi membendung kebakaran hutan dan tanah itu, sambil mengakui usaha menangani bencana berkenaan bukan mudah berikutan keluasan kawasan terjejas dan keadaan cuaca yang tidak menentu.
“Kita telah mengusulkan mekanisme kerjasama pada peringkat ASEAN bagi memperkukuh penyelarasan, kesiapsiagaan dan tindakan kolektif dalam menangani jerebu rentas sempadan,” kata beliau.
- Bernama
