PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Jerebu: Singapura pertimbang ambil tindakan syarikat dikaitkan dengan kebakaran hutan

Jerebu: Singapura pertimbang ambil tindakan syarikat dikaitkan dengan kebakaran hutan

SINGAPURA: Singapura sedang meneliti syarikat yang mungkin bertanggungjawab terhadap kebakaran hutan di Indonesia sehingga menyebabkan keadaan jerebu di rantau ini semakin buruk, kata Perdana Menteri Lawrence Wong.

Beliau berkata, kerajaan akan mengambil tindakan mengikut Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan Singapura sekiranya wajar, selain meneroka kemungkinan tindakan bersama dengan negara lain.

"Jerebu berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah gambut di Indonesia yang diburukkan lagi oleh tempoh cuaca kering yang berpanjangan.

"Kami telah menawarkan bantuan kepada Indonesia dan akan terus bekerjasama rapat dengan negara itu serta rakan ASEAN kami untuk menangani isu ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada malam Khamis.

Wong berkata, kerajaan akan melakukan segala yang termampu untuk melindungi rakyat Singapura, selain bekerjasama dengan negara jiran bagi menangani punca jerebu.

"Kita tidak dapat mengawal cuaca atau angin dan juga tidak dapat mengawal secara langsung apa yang berlaku di luar sempadan kita," katanya sambil menambah kerajaan akan memastikan bantuan tersedia kepada mereka yang memerlukannya.

TAG: Singapura, jerebu, Indonesia, kebakaran hutan, Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search