PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

IPU Pasir Gudang cecah 203

IPU Pasir Gudang cecah 203

KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, manakala satu stesen mencatatkan tahap sangat tidak sihat, setakat 7.30 pagi ini.

Berdasarkan data terkini daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Pasir Gudang, Johor, mencatatkan bacaan tertinggi bagi kategori sangat tidak sihat iaitu 203.

Seterusnya, diikuti Larkin, Johor, dengan bacaan kedua tertinggi (192); Nilai, Negeri Sembilan (189); Johan Setia, Selangor (183); Klang, Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan (181).

Selain itu, Bandaraya Melaka pula mencatatkan bacaan 178, diikuti Bukit Rambai, Melaka (177); Pengerang, Johor (175); Seri Manjung, Perak (173); Putrajaya (173) dan Batu Pahat, Johor (173).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Port Dickson, Negeri Sembilan (171); Batu Muda, Kuala Lumpur (170); Banting, Selangor (170); Alor Gajah, Melaka (170); Kluang, Johor (170); Petaling Jaya, Selangor (169); Shah Alam, Selangor (169) dan Cheras, Kuala Lumpur (168).

Situasi sama di Tangkak, Johor (165); Tanjung Malim, Perak (164); Kota Tinggi, Johor (163); Segamat, Johor (159); Temerloh, Pahang (157); Pegoh Ipoh, Perak (156); Kuala Selangor, Selangor (155); Tasek Ipoh, Perak (153); Rompin, Pahang (153); Tawau, Sabah (152) dan Jerantut, Pahang (140).

Pada masa sama, Sandakan, Sabah pula merekodkan bacaan 110, Taiping, Perak mencatatkan 103, manakala 35 stesen lagi merekodkan nilai bacaan sederhana.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 8 pagi ini.

Kawasan terjejas membabitkan Kapit dan Song di Kapit; Lubok Antu di Sri Aman; Kanowit dan Sibu di Sibu; serta Julau, Maradong dan Pakan di Sarikei.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search