PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Bomba terus padam kebakaran Hutan Simpan Samunsam

Bomba terus padam kebakaran Hutan Simpan Samunsam

LUNDU, 23 Ogos: Operasi pemadaman kebakaran hutan di Hutan Simpan Samunsam memasuki hari keempat hari ini, dengan baki kawasan terbakar seluas kira-kira 0.1 hektar masih belum dipadam sepenuhnya.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi hari ini menggunakan peralatan pemukul api (fire beater) dan penyembur racun sandang (knapsack sprayer).

β€œSebanyak dua unit penyembur racun sandang digunakan masing-masing oleh pasukan bomba dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) bagi membantu kerja-kerja pemadaman.

β€œKebakaran yang dilaporkan pada jam 2.40 petang, 20 Ogos lalu itu melibatkan kawasan seluas kira-kira 0.2 hektar, dengan 0.1 hektar berjaya dipadam setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi ditangguhkan pada jam 4.30 petang dan akan disambung semula esok.

Operasi dikendalikan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dengan bantuan sembilan anggota SFC serta seorang anggota IBET.

Pasukan turut menggunakan sebuah kenderaan CFRT dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Antara cabaran di lokasi ialah laluan ke sektor D sejauh kira-kira 1.2 kilometer dari jalan utama, ketiadaan sumber air berhampiran kawasan terbakar serta keadaan muka bumi berbukit.-TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search