PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

‘Spot’ api kebakaran hutan di Shah Alam dipadam

‘Spot’ api kebakaran hutan di Shah Alam dipadam

SHAH ALAM: Sehingga pukul 8.40 malam, operasi pemadaman kebakaran hutan bukit di kawasan seluas kira-kira 2.8 hektar berdekatan Persiaran Masjid, Seksyen 14, di sini masih dilakukan bagi memastikan api tidak merebak.

Bagaimanapun, pemadaman kebakaran kawasan berdekatan ibu pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu sudah pun melepasi 60 peratus.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Rieza Asbar berkata, operasi pemadaman masih berlangsung dan dilakukan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam.

“Fire break dilakukan bagi memastikan kebakaran tidak merebak. Pasukan bomba sedang memadam spot api yang masih ada dengan menggunakan pili bomba dari MAIS dan jentera tangki air,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, suasana di Persiaran Masjid berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu gempar apabila kawasan hutan bukit bersebelahan JAIS terbakar.

Kebakaran hutan yang juga terletak berhampiran pusat pentadbiran kerajaan negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu menyebabkan kepulan asap jelas kelihatan dari Bandar Shah Alam. – UTUSAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search