Jerebu: IPU Johan Setia, Klang tak sihat
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR: Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat 157 setakat jam 8 pagi ini.
Sementara itu, 64 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua negeri iaitu Kedah (Alor Setar, Langkawi) dan Perlis mencatatkan tahap baik.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
Sebelum ini, media melaporkan keadaan jerebu di Lembah Klang dan Sarawak semakin pulih susulan cuaca lembap sejak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Ani berkata negara masih berada dalam Monsun Barat Daya hingga penghujung September dan potensi jerebu masih ada sekiranya pembakaran terbuka tidak dikawal.
