PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Gempa bumi di Nusa Tenggara Timur, Indonesia sudah ragut 68 nyawa

Gempa bumi di Nusa Tenggara Timur, Indonesia sudah ragut 68 nyawa

JAKARTA: Badan pengurusan bencana Indonesia mengesahkan 68 individu terkorban dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.7skala Richter yang melanda Wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT) dan pasukan penyelamat masih meneruskan operasi pencarian mangsa, lapor portal berita ANTARA.

"Setakat ini sebanyak 68 kematian direkodkan ," kata Pemangku Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Berton SP Panjaitan, dalam satu sidang media secara dalam talian di Jakarta, malam tadi.

Menurut Panjaitan, kematian direkodkan di tujuh daerah dengan 26 kes di Manggarai, ManggaraiTimur (24), Nagekeo (lapan), Sikka (empat), manakala Ende, Manggarai Barat dan Ngada masing-masing mencatatkan dua kematian.

Selain itu, BNPB turut melaporkan seramai 213 individu mengalami kecederaan.

Gegaran susulan turut dilaporkan terus berlaku.

BNPB merekodkan sebanyak 1,576 gegaran susulan, termasuk satu daripadanya berukuran 6.21skala Richter dan tiga lagi gegaran kuat, manakala lebih 1,500 lagi dikategorikan sebagai terlalu lemah

"Pihak kami akan terus memantau perkembangan berhubung jumlah mangsa dan melaporkan sebarang penemuan mangsa baharu.

"Kita sentiasa berharap dan berdoa tiada lagi pertambahan bilangan kes kematian mahupun kecederaan," katanya.

Kerajaan Indonesia sebelum ini mengesahkank omitmennya untuk mempercepatkan usaha tindak balas kecemasan dan pemulihan susulan kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Flores, Nusa Tenggara Timur, ketika bencana susulan terus menggegar kawasan berkenaan.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search