PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Unit dron pantau kebakaran hutan Taman Botani

Unit dron pantau kebakaran hutan Taman Botani

GEORGE TOWN – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengerahkan unit dron bagi memantau dari ruang udara keadaan kebakaran di hutan Taman Botani Pulau Pinang yang melibatkan keluasan kira-kira lapan hektar, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri, John Sagun Francis berkata, pemantauan menggunakan peralatan teknologi tersebut bagi membantu melaksanakan penilaian situasi kebakaran dari masa ke masa.

“Kebakaran tersebut ditangani dengan membahagikan kawasan operasi kepada dua sektor pada peringkat awal sebelum dipecahkan kepada tiga sektor bagi mempercepatkan proses pemadaman,.

“Kerja-kerja pemadaman dilakukan menggunakan peralatan khas bagi mengelakkan api daripada merebak ke kawasan lain,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 10.50 malam,” ujarnya.

Operasi pemadaman itu turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) termasuk PBS New Ferry, PBS Juru, PBS Permatang Tinggi dan PBS Padang Lalang, selain kerjasama Polis Diraja Malaysia.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, kejadian kebakaran berlaku di hutan Taman Botani Pulau Pinang, kira-kira pukul 6 petang semalam.

Kebakaran dianggarkan seluas lima hektar itu berlaku di kawasan berhampiran laluan trak pikap menuju ke puncak Bukit Bendera – KOSMO! ONLINE
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search