PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Lapan hektar kawasan hutan di Botanical Garden kini terbakar

Lapan hektar kawasan hutan di Botanical Garden kini terbakar

GEORGE TOWN: Kebakaran hutan yang berlaku Botanical Gardens, Jalan Kebun Bunga di sini sejak lewat petang semalam kini melibatkan kawasan seluas kira-kira lapan hektar.

Difahamkan, kebakaran itu merebak dengan pantas iaitu daripada lima hektar kepada lapan hektar dalam tempoh lima jam sahaja.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis berkata, susulan kebakaran itu, kerja-kerja pemadaman kemudian terpaksa dibahagikan kepada dua sektor.

“Sehingga pukul 12.30 tengah malam tadi, pasukan bomba yang bertugas terpaksa membuat pembahagian kepada tiga sektor bagi mempercepatkan proses pemadaman. Unit dron juga telah dikerah ke lokasi bagi memantau situasi kebakaran dari udara,” katanya di sini, hari ini.

Secara keseluruhannya, beliau berkata, seramai 19 anggota bomba terlibat dalam operasi pemadaman itu dengan dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari New Ferry, Paya Terubong dan Bukit Bendera selain agensi luar seperti polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi pemadaman masih diteruskan ketika ini bagi memastikan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya,” ujar beliau.-UTUSAN

 
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search