PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Bintulu banjir, 25 penduduk dipindahkan ke PPS

Bintulu banjir, 25 penduduk dipindahkan ke PPS

KUCHING: Hujan lebat berterusan semalam memaksa penduduk di sebuah rumah panjang di Bintulu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila kediaman mereka dilanda banjir, tengah malam tadi.

Sehingga jam 5.30 pagi ini seramai 25 penduduk dari Rumah Panjang Roselind Suang, ditempatkan di Dewan Suarah Bintulu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan memohon bantuan pemindahan pada jam 12.52 tengah malam.

Beliau berkata, sebaik anggota tiba di lokasi yang terletak 11 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu pada jam 1.04 pagi didapati air naik pada paras merbahaya.

"Bomba bertindak segera memindahkan 25 penduduk dengan 12 daripadanya kanak-kanak menggunakan bot aluminium ke tempat selamat.

 

"Selepas itu mereka dihantar ke Dewan Suarah Bintulu menggunakan trak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, selain rumah panjang terbabit, pemantauan dijalankan di beberapa penempatan di kawasan rendah berikutan hujan masih berlaku ketika ini.

 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search