PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Mangsa berdaftar di PPS dapat RM1,000 setiap keluarga sebaik pulang ke rumah - NADMA

Mangsa berdaftar di PPS dapat RM1,000 setiap keluarga sebaik pulang ke rumah - NADMA

TUMPAT: Mangsa banjir yang mendaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebaik pulang ke rumah selepas banjir.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Meor Ismail Meor Akim, berkata bantuan RM1,000 akan disalurkan menerusi Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan mangsa yang mendaftar di PPS perlu mempunyai akaun terbabit.

"Matlamat kita bila mangsa banjir balik ke rumah, dapat BWI tapi semua melalui akaun BSN, tiada bantuan tunai.

"Bantuan itu untuk membeli keperluan asas sebaik pulang ke rumah dan nilainya RM1,000 untuk satu keluarga, syaratnya, mesti berdaftar.

"Kita mohon semua mangsa berdaftar. Daftar dan balik rumah pun tak apa sebab kadang-kadang ada yang perlu jaga rumah dan keluar bekerja.

 

"Cuma kalau ada mangsa dalam kalangan anak kecil, warga emas atau orang kurang upaya (OKU), minta kekal di PPS," katanya kepada pemberita di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geting di sini, hari ini.

Akaun pembayar BSN akan menyalurkan BWI kepada mana-mana akaun bank pemohon manakala mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di kaunter BSN berdekatan selepas menerima notifikasi.

Dari segi aset dan kekuatan sumber manusia untuk penugasan banjir, Meor Ismail berkata, keadaan masih terkawal dan tiada penambahan diperlukan.

Katanya, seramai 103,500 sumber manusia membabitkan agensi berkaitan bersiap siaga ketika ini, malah ada yang sudah bertugas di lapangan.

"Kita ada Skuad Insan MADANI yang diketuai Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bila-bila masa boleh gerakkan jika ada keperluan," katanya.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search