PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Hutan paya gambut berkurang punca Tasik Bukit Merah kering

Hutan paya gambut berkurang punca Tasik Bukit Merah kering

IPOH: Kawasan paya gambut di Hutan Simpan Pondok Tanjung yang diteroka untuk pembangunan pertanian menjejaskan sumber air Tasik Bukit Merah, di Bagan Serai menyebabkan tasik tersebut kering setiap kali musim kemarau.

Selain hutan simpan tersebut, satu lagi kawasan berpaya gambut yang menjadi sumber air tasik itu, iaitu Lembah Beriah di sini pula ditebus guna untuk pertanian dan pemba­ngunan bandar, juga menjejaskan sumber air semula jadi tasik tersebut.

Paya gambut penting untuk membekalkan air semula jadi atau sebagai zon penampan untuk menyimpan air pada musim kemarau dan apabila tasik tersebut menyusut, air dari paya gambut akan mengalir ke dalam tasik.

Namun, disebabkan dua kawasan paya gambut tersebut sudah dibangunkan, menyebabkan tasik itu tidak mempu­nyai simpanan sumber air yang mencukupi untuk menampung kapasiti air tasik semasa musim kemarau.

Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, selain faktor cuaca, Hutan Simpan Pondok Tanjung, kawasan paya yang dibangunkan dengan projek pertanian antara punca sumber air di tasik tersebut semakin kurang.

Menurutnya, sebelum tahun 1990-an, tidak pernah berlaku fenomena air tasik tersebut surut. Perkara itu terjadi sejak tahun 2000, apabila sebahagian kawasan hutan simpan tersebut dinyahwarta dan dilaksanakan projek pertanian, juga di kawasan paya Lembah Beriah.

Beliau berkata, hutan simpan tersebut yang berpaya penting untuk menyerap dan menyimpan air. Namun, akibat kawasan paya ditebus guna, simpanan air semula jadi semakin kurang.

“Kalau mengikut keluasan asal Hutan Simpan Pondok Tanjung semasa ditubuhkan pada tahun 1913 ialah 10,170.60 hektar, tetapi dari semasa kesemasa hutan simpan tersebut telah dimansuhkan,” katanya. – UTUSAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search