PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Kunjungan Hormat oleh High Commission of India ke NADMA

Kunjungan Hormat oleh High Commission of India ke NADMA | 23 Julai 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Telah berlangsung sesi kunjungan hormat oleh High Commission of India (HCI) yang diwakili oleh Mrs. J. Rocheus Sukanya, Kaunselor (Politik) HCI yang diadakan di Bilik Mesyuarat Lubuk Paku, Aras 7, Ibu Pejabat NADMA. Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan mewakili YBhg. Datuk Timbalan Ketua Pengarah (Dasar).
 
Dalam sesi ini, Mrs. J. Rocheus Sukanya telah berkongsi mengenai sistem amaran awal yang telah dibangunkan oleh Kerajaan India, di bawah Ministry of Telecommunication of India, iaitu C-DOT Cell Broadcast Solution. Sistem ini menyediakan amaran dalam masa nyata (real-time delivery warning) yang mengguna pakai teknologi penyiaran sel (cell broadcast) sebagai satu usaha mengurangkan risiko bencana.
 
Sistem ini telah berada dalam fasa awal pelaksanaan di India dan merupakan penyelesaian menyeluruh untuk amaran kecemasan berbilang bahasa yang disasarkan kepada berjuta-juta telefon mudah alih dalam beberapa saat. Proses penyampaian maklumat bencana melalui sistem ini melibatkan integrasi automatik antara platform penyebaran amaran kecemasan kerajaan dan rangkaian telekomunikasi di India bagi memastikan penyampaian maklumat segera kepada rakyat yang terjejas.
 
Selain itu, beliau turut berkongsi mengenai CAP-Integrated Alert System iaitu satu sistem yang turut dibangunkan oleh Kerajaan India bagi membolehkan pihak berkuasa pengurusan bencana menghantar amaran bencana dalam bentuk multimedia secara automatik kepada rakyat melalui SMS, siaran sel (cell broadcast), televisyen, radio dan media sosial. Sistem ini melibatkan pelbagai pihak berkepentingan untuk mengurangkan jurang komunikasi dan menggunakan teknologi satelit untuk memastikan komunikasi yang berkesan serta capaian hingga ke peringkat terakhir.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search