PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kereta dipandu dihempap pokok ketapang dalam hujan lebat

Kereta dipandu dihempap pokok ketapang dalam hujan lebat

TANAH MERAH: Seorang lelaki menempuh detik cemas apabila kereta dipandunya dihempap sebatang pokok ketapang yang tumbang akibat ribut.

Muhamad Asyraf Afiq Abdulatif, 32, keluar ke kedai untuk membeli barang dapur sebelum kejadian kira-kira 200 meter (m) dari rumahnya di Jalan Pondok Lama di sini, jam 5.30 petang semalam.

 

Beliau melalui jalan itu dalam keadaan hujan lebat sebelum sebatang pokok ketapang di tepi jalan tumbang lalu menimpa kereta Proton Saga BLM dipandunya.

"Dalam panik, saya merangkak ke ruang penumpang belakang dan keluar menerusi pintu kanan sebab bahagian hadapan sudah tersekat dan ditutup dengan dahan pokok besar.

"Mujur saya tidak memandu laju sebab kalau laju sedikit, mungkin kereta ditimpa batang pokok dan tak tahu apa nasib saya.

 

"Ketika kejadian, tiada orang lalu lalang disebabkan hujan lebat dan saya menghubungi pihak berkuasa sebelum pasukan bomba tiba untuk memotong pokok bagi mengeluarkan kereta," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Muhamad Asyraf yang juga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, keretanya mengalami kerosakan teruk namun masih boleh dibaiki.

Katanya, daerah itu dilanda hujan lebat dan ribut petir sejak dua hari lalu.

"Memang saya agak trauma dengan kejadian itu tapi syukurlah semua selamat dan ahli keluarga tidak bersama dalam kereta," katanya.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search