Presiden Filipina isytihar darurat bencana di Visayas Timur
- Admin UKK
- Berita
MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr. mengisytiharkan darurat bencana di Visayas Timur di tengah Filipina selama kira-kira satu tahun bagi mempercepatkan pembaikan dan pemulihan Jambatan San Juanico, menurut Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) pada Selasa, lapor Xinhua.
Β
Jambatan sepanjang 2.16 kilometer itu merupakan satu-satunya sambungan darat tetap antara pulau Samar dan Leyte serta komponen penting Lebuhraya Pan-Filipina yang menghubungkan Luzon, Visayas dan Mindanao.
Β
Melalui pengisytiharan itu, Marcos Jr mengarahkan Jabatan Kerja Raya dan Lebuhraya, bekerjasama dengan unit kerajaan tempatan berkenaan, untuk "mempercepat semua langkah perlu bagi membaiki dan memulihkan sepenuhnya Jambatan San Juanico."
Β
"Terdapat keperluan mendesak untuk membaiki dan memulihkan Jambatan San Juanico bagi memastikan penghantaran barang dan perkhidmatan penting tepat pada masanya serta memulihkan mobiliti serantau," kata Marcos Jr.
Β
BERNAMA
