PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

"Nampak bangunan senget tiba-tiba runtuh, hempap 2 kereta"

"Nampak bangunan senget tiba-tiba runtuh, hempap 2 kereta"

MELAKA: Detik cemas menyelubungi peniaga dan orang awam apabila sebuah rumah kedai dua tingkat dipercayai sedang dalam pengubahsuaian runtuh tiba-tiba di Taman Kota Laksamana di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, bangunan berusia 40 tahun yang didakwa digunakan untuk ternakan burung walit menghempap dua kenderaan milik orang awam yang diletakkan berhampiran.

Peniaga buah-buahan, Hong Hiew Khim, 65, berkata dia terkejut melihat struktur bangunan berkenaan senget kira-kira 15 minit sebelum ranap.

Menurutnya, dia sempat memberitahu isterinya mengenai keadaan bangunan itu yang dipercayai tidak stabil sebelum terdengar bunyi runtuhan kuat.

"Tak sampai 15 minit, bangunan itu runtuh dengan bunyi sangat kuat... nasib tak ada orang terperangkap," katanya.

Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali Ho, 60, turut terkejut menyaksikan kejadian berkenaan berlaku di hadapan premis perniagaannya.

Ketika itu, dia sedang melayan pelanggan sebelum dikejutkan bunyi kuat dan diikuti bunyi runtuhan kedua.

"Bukan sekali runtuhan berlaku tapi dua kali sebelum bomba dan polis datang kira-kira 15 minit kemudian.

"Sepanjang berniaga nasi ayam, ini kejadian pertama berlaku depan mata, hanya 30 meter sahaja dari tempat saya," katanya.

Β 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search