PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Gegaran di Pantai Barat Semenanjung susulan gempa di utara Sumatera

Gegaran di Pantai Barat Semenanjung susulan gempa di utara Sumatera

KUALA LUMPUR: Gegaran dirasai di beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia petang tadi susulan kejadian gempa bumi sederhana yang berlaku di utara Sumatera, Indonesia.
 
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi laman Facebook, gempa bumi dengan kekuatan magnitud 5.9 itu berlaku pada pukul 4.57 petang dengan kedalaman 74 kilometer.
 
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Namun, gegaran telah dirasai di kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung,” tulis kenyataan itu.
 
Tambah kenyataan, pusat gempa dikesan pada koordinat 3.7 darjah utara dan 97.0 darjah timur iaitu kira-kira 107 kilometer tenggara dari Meulaboh, Indonesia.
 
MetMalaysia turut meminta orang awam yang merasai gegaran berkenaan untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan di pautan: https://forms.gle/E9ursS9Cs5KoKPt47.
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search