PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tiada ancaman tsunami susulan gempa bumi di Xizang - METMalaysia

Tiada ancaman tsunami susulan gempa bumi di Xizang - METMalaysia

KUALA LUMPUR, 12 Mei- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi sederhana yang berlaku di Xizang awal pagi ini.

Gempa berukuran 5.4 magnitud itu direkodkan pada pukul 5.11 pagi dan berpusat di koordinat 28.9 darjah utara serta 87.6 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.

MetMalaysia memaklumkan lokasi kejadian terletak kira-kira 384 kilometer di utara Dinajpur, Bangladesh.

Orang ramai dinasihatkan merujuk maklumat rasmi melalui laman web METMalaysia atau aplikasi mudah alih myCuaca bagi sebarang perkembangan terkini.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search