PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

14 maut akibat ribut petir, angin kencang di India

14 maut akibat ribut petir, angin kencang di India

NEW DELHI:
 Sekurang-kurangnya 14 terbunuh, manakala ramai lagi cedera selepas ribut petir disertai hujan dan angin kencang melanda negeri Gujarat, barat India, menurut pegawai pada Selasa.

Sebanyak 168 daripada 253 daerah kecil di negeri itu menerima hujan dalam tempoh 24 jam lalu, lapor Xinhua.

Menurut pegawai, kematian berlaku akibat pokok tumbang, papan iklan runtuh, renjatan elektrik, petir dan rumah roboh ditiup angin kencang.

Jabatan Meteorologi India memberi amaran ribut petir disertai kilat dan angin selaju 50-60km sejam dijangka berterusan di banyak kawasan di Gujarat dalam beberapa hari akan datang.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search