PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Gencatan senjata di Myanmar dilanjut hingga 31 Mei

Gencatan senjata di Myanmar dilanjut hingga 31 Mei

ISTANBUL:
 Kerajaan tentera melanjutkan tempoh gencatan senjata terhadap kumpulan bersenjata etnik di Myanmar sehingga akhir Mei ini di tengah-tengah usaha menangani kesan gempa bumi melanda negara itu pada 28 Mac lalu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan media kerajaan.

Panglima Angkatan Tentera Myanmar memaklumkan tempoh gencatan senjata sementara itu dilanjutkan dari semalam hingga 31 Mei.

Menurutnya, angkatan tentera “terus melanjutkan gencatan senjata sementara bagi menyokong usaha bantuan bencana dan kerja pembinaan semula, melindungi kepentingan negara serta membantu mewujudkan keamanan sebenar, berkekalan dan kestabilan negara”.

Myanmar dilanda gempa kuat pada 28 Mac lalu yang meragut hampir 3,800 nyawa dan puluhan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.

Gempa bumi itu turut menggegarkan negara jiran Thailand yang menyebabkan sekurang-kurangnya 86 maut, manakala 14 lagi hilang.

Susulan itu, kerajaan tentera mengisytiharkan gencatan senjata pada 2 April lalu, yang dilanjutkan kemudiannya.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search