PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Ribut petir, hujan lebat landa tujuh negeri, Putrajaya hingga tengah hari

Ribut petir, hujan lebat landa tujuh negeri, Putrajaya hingga tengah hari

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh buah negeri serta Putrajaya yang dijangka berterusan sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Menerusi kenyataan, amaran tersebut melibatkan seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor meliputi daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca buruk turut diramal melanda Putrajaya serta beberapa kawasan di Johor membabitkan daerah Batu Pahat dan Pontian.

Sementara itu di Sarawak, amaran dikeluarkan bagi kawasan Mukah meliputi Daro, Matu, Dalat dan Mukah, selain Bintulu yang merangkumi daerah Tatau dan Bintulu.

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan cuaca semasa menerusi saluran rasmi MetMalaysia serta aplikasi MyCuaca bagi sebarang maklumat lanjut dan amaran terkini. – UTUSAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search