PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Arab Saudi dilanda ribut pasir luar biasa

Arab Saudi dilanda ribut pasir luar biasa

KAHERAH, 5 Mei - Ribut pasir luar biasa melanda wilayah Al-Qassim di Arab Saudi menyebabkan sebahagian besar kawasannya diselubungi debu tebal.

Ribut pasir itu turut menyebabkan penglihatan menjadi kabur serta beberapa daerah pentadbiran di kawasan berkenaan.

Fenomena itu turut disertai angin kencang yang mencetuskan cuaca seakan malam pada waktu siang serta menyebabkan pokok-pokok tumbang.

Menurut laporan, dinding debu yang terbentuk akibat ribut itu dianggarkan setinggi antara 300 hingga 1,500 meter, malah ada yang melebihi 2,000 meter.

Pusat Meteorologi Nasional Arab Saudi (NCM) sebelum ini mengeluarkan amaran bahawa beberapa kawasan di Al-Qassim akan terjejas akibat tiupan angin kencang. - AFP

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search