PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir: Selangor pulih, mangsa di Sabah meningkat, Johor berkurang

Banjir: Selangor pulih, mangsa di Sabah meningkat, Johor berkurang

Kuala Lumpur: Situasi banjir di Selangor pulih sepenuhnya apabila kesemua 218 mangsa daripada 63 keluarga dibenarkan pulang manakala, jumlah mangsa di Sabah meningkat sedikit dan di Johor pula berkurangan pada petang ini.

Di SELANGOR, kesemua mangsa yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Petaling telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pagi tadi.

Exco Pengurusan Bencana Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, empat PPS berkenaan ialah Dewan Kenanga Seksyen 28, Sekolah Kebangsaan (SK) Shah Alam Seksyen 16 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 16 di Shah Alam serta Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya Camelia (MBSJ) di Subang Jaya.

"Kesemua mangsa sudah mula dibenarkan pulang sejak semalam apabila banjir mulai surut di beberapa kawasan di daerah Klang serta Petaling," katanya ketika dihubungi hari ini.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search