PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

PM arah selaraskan bantuan dengan MB Selangor, PETRONAS

PM arah selaraskan bantuan dengan MB Selangor, PETRONAS

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua bantuan dan usaha koordinasi membabitkan kebakaran di Putra Heights diselaraskan secara langsung dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan PETRONAS.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, langkah itu bagi memastikan segala gerak kerja terkait pengurusan bantuan di lapangan dapat dibuat dengan teratur dan lebih berkesan.

Katanya, kerjasama antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan sektor industri amat penting menangani situasi ini dengan segera dan menyeluruh.

“Segala bentuk bantuan dan usaha koordinasi terkait insiden kebakaran di Putra Heights perlu diselaraskan secara langsung dengan Menteri Besar Selangor dan pihak PETRONAS diketuai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz,” menurut kenyataan itu, semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan semasa dan memberi sokongan dan dukungan penuh terhadap segala usaha pemulihan serta keselamatan yang sedang dilaksanakan.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search