PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

MISI DI BAWAH BAHANG MENTARI!

MISI DI BAWAH BAHANG MENTARI!

Cuaca panas mencecah sehingga 41 darjah Celsius serta keadaan berdebu menjadi antara cabaran utama buat Pasukan

Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) yang ketika ini sedang melaksanakan misi di daerah Sagaing, Myanmar yang dilanda gempa bumi.

Ketua Unit Latihan Smart Penguasa Kanan Bomba II Mohamad Hafiezul Abdul Halim berkata rangkaian komunikasi yang masih belum stabil turut menjadi ujian buat mereka dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat. “Seterusnya keadaan bangunan yang ranap teruk, jadi kami juga memerlukan cara yang terbaik untuk kita masuk dan membawa keluar setiap mangsa.

“Walau bagaimanapun, kami sedang memberikan yang terbaik,” katanya ketika bersiaran langsung dari Myanmar dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam kelmarin.

Menurut Mohamad Hafiezul, selain menerima kerjasama yang sangat baik daripada pihak berkuasa tempatan Myanmar, pasukan Smart juga menerima penghargaan daripada penduduk di kawasan terjejas.

“Dari pagi Penduduk berikan air minuman serta ucapkan terima kasih Mohamad Hafiezul sehingga ke petang, pangkalan operasi (base of operations) akan menerima pelawat-pelawat daripada penduduk sekitar yang memberikan air minuman serta datang mengucapkan terima kasih.

“Sama juga di tapak kerja, jika kita minta semua memberikan kerjasama, semuanya okey. Di sana juga kadang-kadang mereka datang berikan air minuman dan bertanya jika perlukan bantuan,” katanya.

Seramai 50 anggota Smart berlepas ke Naypyidaw, Myanmar pada Ahad lalu bagi misi kemanusiaan serta membantu operasi SAR mangsa gempa bumi di negara itu.

Setakat ini mereka telah berjaya mengeluarkan tujuh mangsa termasuk seorang yang masih hidup di bawah runtuhan.

Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda Myanmar pada Jumaat lalu dengan Mandalay, Bago, Magway, timur laut negeri Shan, Sagaing dan Naypyidaw antara kawasan yang paling teruk terjejas, selain turut menjejaskan negara jiran Thailand.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search