PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Sidang Kemuncak Kelestarian KL bincang isu jerebu rentas sempadan

Sidang Kemuncak Kelestarian KL bincang isu jerebu rentas sempadan

KUALA LUMPUR: Isu jerebu merentas sempadan - yang berulang di rantau ini - dijangka menjadi antara topik perbincangan utama pada Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) yang kali pertama diadakan pada 14 hingga 16 Oktober depan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata KLSS diadakan sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Beliau berkata, ia bakal menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan utama dari negara anggota ASEAN bagi mempercepatkan langkah tindakan iklim serantau. "Isu jerebu merentas sempadan juga dibincangkan secara aktif di platform ASEAN.

"Kita juga ingin melakukan beberapa perkara berhubung isu berkenaan pada mesyuarat ASEAN tahun ini, jadi saya rasa itu antara isu yang akan kita bincangkan pada KLSS nanti.

 

"Dengan matlamat untuk menghasilkan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Daya Tahan Iklim, KLSS berhasrat menjadikan bandar raya ini sebagai platform utama bagi membincangkan daya tahan iklim pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Prapelancaran Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2025 dan KLSS, di sini, hari ini.

Nik Nazmi berkata, KLSS akan menampilkan ketua-ketua pemikir dari seluruh rantau ASEAN dan Asia Pasifik.

Beliau berkata, ia bakal meliputi aktiviti seperti podcast, ucaptama serta perbincangan panel serta meja bulat yang semuanya memfokus kepada strategi boleh laksana yang mampu memberi impak pada peringkat tempatan, serantau dan global.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search