PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Lebih 600 mangsa di 5 daerah di Johor dibenarkan pulang

Lebih 600 mangsa di 5 daerah di Johor dibenarkan pulang

JOHOR BAHRU: Seramai 666 mangsa banjir di lima daerah terjejas di negeri ini telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, sehingga jam 8 malam tadi.

Ia menjadikan jumlah mangsa banjir di lima daerah yang terjejas di negeri ini tinggal 1,806 orang daripada 513 keluarga berbanding 2,472 orang babitkan 704 keluarga, pada jam 2 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih aktif menempatkan mangsa banjir kini adalah sebanyak 20 buah.

“Jumlah mangsa banjir di Johor Bahru berkurangan agak mendadak daripada 1,281 orang (356 keluarga) pada petang tadi, menjadi 679 orang (176 keluarga) pada malam ini yang berada di lima PPS yang masih aktif.

“Di Kluang juga, mangsa banjir berkurangan dengan mendadak daripada 357 orang (105 keluarga), kini tinggal 74 orang (27 keluarga) di dua PPS.

“Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi juga kini tinggal 68 orang (21 keluarga) malam ini, yang berada di dua PPS, berbanding 77 orang daripada 24 keluarga, petang tadi,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, daerah Batu Pahat dan Pontian saja menunjukkan peningkatan apabila daripada 368 orang (113 keluarga) di Batu Pahat ditempatkan ke PPS petang tadi, menjadi 571 orang (177 keluarga) di lima PPS yang aktif selepas penambahan sebuah lagi PPS.

“Di Pontian, daripada 389 orang (106 keluarga) petang tadi meningkat kepada 414 orang (112 keluarga) di enam PPS,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) tidak mengeluarkan sebarang amaran ribut petir mahu pun amaran hujan di mana-mana daerah di negeri ini.

Setakat jam 8 malam ini, Johor Bahru, Muar, Mersing dan Batu Pahat sahaja dilaporkan mendung, manakala enam daerah lain dilaporkan cerah.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search