PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

94 hektar hutan gambut di Pekan terbakar

94 hektar hutan gambut di Pekan terbakar

KUANTAN: Kebakaran hutan gambut yang memasuki hari kesembilan sejak 3 Mac lalu membabitkan kawasan seluas 94 hektar di dua lokasi di Pekan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim, berkata daripada jumlah itu, 80 hektar kebakaran hutan berlaku di Chenderawasih dan 14 hektar di Palma Valley.

Katanya, setakat ini, seramai 31 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Nenasi dan Peramu terbabit dalam operasi pemadaman.

"Kebakaran mula dilaporkan berlaku membabitkan kawasan seluas tiga hektar pada 3 Mac lalu, sebelum berjaya dipadamkan tiga hari kemudian.

"Bagaimanapun, api kembali merebak sehingga seluas 94 hektar dan setakat ini satu hektar berjaya dipadamkan di kawasan Palma Valley," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, JBPM Pahang mengumumkan operasi pemadaman kebakaran ladang kelapa dan hutan seluas 176 hektar di Gebeng, di sini, yang berlaku sejak 22 Februari lalu, ditamatkan sepenuhnya.

Lebih 70 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi lebih dua minggu itu.

Bagaimanapun, tumpuan operasi pemadaman kini beralih pula ke Pekan susulan cuaca panas.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search