PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

94 hektar hutan di Pekan pula terbakar

94 hektar hutan di Pekan pula terbakar

Kuantan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang melakukan operasi pemadaman kebakaran hutan gambut di Pekan yang memasuki hari kesembilan.

Pengarah JBPM negeri, Mohd Razam Taja Rahim berkata, kebakaran seluas 94 hektar dengan 80 hektar di kawasan Chenderawasih dan 14 hektar lagi di Palma Valley.

Katanya, setakat ini, seramai 31 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Nenasi dan Peramu terbabit dalam operasi pemadaman.

"Kebakaran mula dilaporkan berlaku membabitkan kawasan seluas tiga hektar pada 3 Mac lalu, sebelum berjaya dipadamkan tiga hari kemudian.

"Bagaimanapun, api kembali merebak sehingga 94 hektar dan setakat ini satu hektar berjaya dipadamkan di kawasan Palma Valley," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, JBPM Pahang mengumumkan operasi pemadaman kebakaran ladang kelapa dan hutan seluas 176 hektar di Gebeng, yang berlaku sejak 22 Februari lalu, ditamatkan sepenuhnya.

Lebih 70 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi pemadaman lebih dua minggu itu.

Operasi padam kebakaran ladang kelapa akhirnya ditamatkan

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search