PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

PM hulur bantuan kepada mangsa banjir kilat di Tambun

PM hulur bantuan kepada mangsa banjir kilat di Tambun

IPOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyalurkan sumbangan kepada 19 ketua isi rumah mangsa banjir kilat yang melanda empat kampung di kawasan Parlimen Tambun.

Sumbangan Perdana Menteri itu disampaikan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad, dan Pegawai Khas Pejabat Ahli Parlimen Tambun, Mohamad Hairul Amir Sabri.

Hujan lebat berterusan pada 1 Disember lalu menyebabkan banjir kilat melanda Kampung Cheh, Kampung North Ward, Kampung Masjid serta Kampung Bakar Bata.

Mohamad Hairul Amir berkata, bantuan itu dihulur Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat bencana berkenaan.

“Apabila berlaku banjir pada hari itu, beliau telah meminta saya dan pihak Pejabat Parlimen Tambun untuk turun menyampaikan bantuan awal kepada mangsa yang terjejas,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata, setiap ketua isi rumah terbabit menerima sumbangan RM1,000. – BERNAMA

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search