PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tawar bantuan khas bah

Tawar bantuan khas bah

Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat), menawarkan bantuan khas banjir yang merangkumi bantuan moratorium untuk semua pembiayaan individu dan perniagaan sehingga enam bulan.

Ia termasuk penggantian kad debit dan kad kredit tanpa sebarang bayaran serta pengecualian caj transaksi pengeluaran RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) kepada pelanggannya yang terjejas ekoran situasi banjir buruk yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pihaknya amat prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi pelanggan termasuk individu serta perniagaan dan berharap bantuan khas banjir ini dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terbabit.

“Sebagai institusi kewangan Islam yang sentiasa komited dalam mencipta ‘Kehidupan Lebih Baik,

Bersama’ pelanggan, kami bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam menyokong dan membantu komuniti menempuhi waktu getir ini.

“Pelanggan yang menghadapi kesulitan kewangan berikutan bencana ini boleh memohon bantuan khas dengan memuat turun borang permohonan Service Request Form (SRF) yang tersedia di laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my dan menghantar dokumen sokongan yang berkaitan menerusi emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

“Langkah proaktif akan diambil bagi memastikan proses dokumentasi dan kelulusan permohonan dipermudahkan,” katanya dalam kenyataan.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search