PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Jumlah mangsa bah menurun

Jumlah mangsa bah menurun

Melaka: Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah menurun kepada 237 mangsa daripada 61 keluarga setakat jam 7 pagi semalam berbanding 407 mangsa daripada 121 keluarga pada 7.30 malam kelmarin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, kesemua mangsa ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.

“PPS Balai Raya Paya Lebar menempatkan 61 mangsa daripada 13 keluarga, PPS Balai Raya Ayer Paabas (tiga mangsa daripada tiga keluarga) dan PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ar-Rasyidin (13 keluarga daripada tiga keluarga).

“Selain itu, PPS Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi (105 mangsa daripada 26 keluarga), PPS Dewan Japerun Ayer Limau (44 mangsa daripada 12 keluarga) dan PPS Balai Raya Seri Jeram (11 mangsa daripada empat keluarga),” katanya, semalam.

Beliau berkata, antara kawasan terjejas Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan

China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Berisu.

Selain itu, turut terjejas Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai, Panchor dan Taman Rembia Jaya. - Bernama

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search