PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Seksyen Penyelarasan Operasi

VISI DAN MISI

Bertindak sebagai Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang menyelaras maklumat dan tindak balas bencana melibatkan agensi teknikal dan agensi tindak balas.  

 

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

 

  1. Menyedia laporan kejadian bencana kepada pihak-pihak berkepentingan.
  2. Melaksana perkongsian maklumat bencana merentasi pelbagai agensi teknikal dan agensi tindak balas.
  3. Memastikan pengoperasian bilik operasi NDCC selama  24 jam setiap hari bagi memantau kejadian bencana.
  4. Mewujudkan jaringan kerjasama dan perkongsian maklumat berkaitan bencana dengan Agensi dalam negara serta antarabangsa.
  5. Mengurus pengumpulan dan penyebaran maklumat serta amaran awal bencana bagi kejadian bencana yang berlaku di seluruh negara.
  6. Memantau pergerakan pengoperasian bencana termasuk pergerakan Pasukan SMART dan misi bantuan kemanusian (Humanitarian Assistance & Disaster Relief – HADR).

 

PERANAN DAN PENCAPAIAN SEMASA

 

  • Menyediakan notis kesiapsiagaan bencana dan amaran bencana.
  • Menyediakan laporan terkini stesen kuarantin COVID-19 seluruh negara.
  • Menyedia laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara setiap 4 jam.
  • Menyedia laporan bulanan dan laporan tahunan kejadian bencana seluruh negara.
  • Melaksanakan perkongsian maklumat bencana menerusi portal bencana secara integrasi bersama agensi teknikal.

 

VISI

Memperkasa dan memulihkan komuniti pasca bencana secara holistik dan berkesan melalui pembangunan modal insan yang strategik dengan keterlibatan agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta seluruh lapisan masyarakat (whole of society approach).

 

MISI

  1. Membentuk komuniti yang berdaya tahan dalam menghadapi bencana.
  2. Memperkukuh kerjasama antara Kerajaan, GLC & NGO yang efektif dalam mencapai komuniti yang berdaya tahan.
  3. Memastikan bantuan pemulihan akibat bencana dilaksanakan secara teratur, berkesan dan berimpak tinggi.

 

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEKSYEN PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN SOSIAL

 

  1. Menyelaras kerjasama dalam merangka persediaan bencana oleh komuniti melalui program-program berbentuk ‘Community Based Disaster Risk Management’ (CBDRM) dan perkongsian ilmu kepada masyarakat.
  2. Menguruskan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN), Kumpulan Wang COVID-19 (KWC) dan Tabung COVID-19 (TCN).
  3. Menjalin kolaborasi strategik dan rangkaian kerjasama bersama NGO, GLC, pihak swasta, Institusi Pengajian Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS) serta lain-lain sektor masyarakat.
  4. Mengurus Bantuan Wang Ihsan dan Bantuan Khas COVID-19.

 

PERANAN/PENCAPAIAN SEMASA

 

  • 2021

CBDRM : Libat urus 8.5 juta orang komuniti (termasuk CBDRM pandemik dan ABC-19)

Bantuan:

  1. Bantuan Wang Ihsan (BWI) : RM 111.14 juta telah disalurkan kepada 14 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di seluruh negara.
  2. Bantuan Khas COVID-19 (BKC) : RM 79.859 juta kepada 28,849 pemohon (hilang pendapatan & kematian) 

 

  • 2022

CBDRM: Libat urus 260 orang komuniti.

Bantuan:

  1. BWI : 138.7 juta telah disalurkan kepada 14 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di seluruh negara.
  2. BKC: RM 47.247 juta kepada 20,701 pemohon (hilang pendapatan & kematian)

 

VISI

Agensi peneraju pengurusan dan kesiapsiagaan bencana negara.

 

MISI

Memastikan keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara dengan memupuk  kerjasama pelbagai pihak sebagai satu pasukan untuk membina serta  meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan dalam pengurusan bencana.

 

FUNGSI/TANGGUNGJAWAB

Bahagian Pengurusan Pasca Bencana terdiri daripada 2 cabang utama iaitu Seksyen Teknikal dan  Infrastruktur serta Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial. Kedua-duanya  bertanggungjawab  merancang dan menyelaraskan pelan pemulihan  bencana yang meliputi infrastruktur fizikal, ekonomi dan sosial. Antara fungsi utamanya adalah:

 

  1. Menyelaras data bantuan pasca bencana.
  2. Merangka dan menyelaras plan pemulihan pasca bencana.
  3. Menyelaras pemantauan berterusan program pemulihan pasca bencana.
  4. Menyelaras penilaian impak bencana dari aspek sosial, ekonomi, fizikal dan alam sekitar.
  5. Menyelaras program pemulihan bencana bersama agensi kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan-badan sukarela.

 

PERANAN DAN FUNGSI SEKSYEN

  1. Penyenggaraan Fasiliti.
  2. Menyelaras Laporan Bencana.
  3. Menyelaras Laporan Pembaikan.
  4. Menyelaras Perlaksanaan Projek.
  5. Bertindak sebagai Technical Focal Point.
  6. Menyelaras siasatan & kajian fizikal pasca bencana.
  7. Mengumpul status pembaikan serta memajukan ke JPBP untuk pembentangan.
  8. Menyelaras penyenggaraan Aset Tidak Alih agensi agar sentiasa dalam keadaan baik.
  9. Menyelaras semua projek di bawah peruntukan Mengurus dan Pembangunan kendalian Agensi Pengurusan Bencana Negara.
  10. Menganalisa & mengenal pasti punca masalah serta langkah `Quick Win’ berkos rendah bagi isu Pra Bencana, Semasa Bencana & Pasca Bencana.
  11. Mengumpul maklumat kerosakan, anggaran pembaikan termasuk pihak yang relevan dengan kerosakan serta memajukan ke JPBP untuk pengesahan peruntukan.
  12. Memastikan hasil analisa maklumat dan laporan mampu membantu program kerja yang lebih terancang berkaitan mitigasi, logistik, komuniti, dasar serta pengurusan bencana  secara keseluruhannya.

 

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA

  • Keberkesanan Pengenalpastian dan Penyelesaian Masalah Teknikal.

Contoh : Memperkukuh penyelesaian teknikal antara agensi dalam pengurusan bencana

  • Pengukuhan Pemantauan Projek Struktur dan Infrastruktur.

Contoh : Memperkukuh penyelarasan projek berbentuk fizikal dan bukan fizikal

  • Memperkukuhkan Perkhidmatan Teknikal Dalam Pengurusan Bencana;

Contoh : Menyelaras taksiran fizikal kerosakan bencana

LATAR BELAKANG

:: Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan (PK) merupakan salah satu bahagian utama di Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Bahagian ini juga adalah tulang belakang kepada pengoperasian NADMA dalam memastikan kelancaran pelaksanaan tugas dan tanggungjawab NADMA terlaksana dengan cekap dan berkesan. 

 

PK bertanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan berkaitan pengurusan Kewangan, Sumber Manusia, Pentadbiran dan ICT bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dan stakeholders NADMA secara dalaman dan luaran. Dalam hubungan ini, pengurusan sumber yang optimum merupakan kunci kepada kecemerlangan organisasi. Oleh yang demikian, PK komited untuk mewujudkan warga NADMA yang berkompetensi tinggi, menyediakan suasana kerja yang harmoni dan kondusif dalam mencapai hasil kerja yang maksimum serta memenuhi kehendak pelanggan dan ‘stakeholders’.

 

HALA TUJU STRATEGIK

 

MISI

Pemantapan organisasi melalui penggunaan sumber yang optimum.

 

 SKOP BAHAGIAN

Memberikan khidmat sokongan pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan ICT.

 

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA

 

  • Pemerkasaan sistem dan proses kerja.
  • Tadbir urus kewangan yang efektif dan efisien.
  • Melahirkan modal insan yang kompeten dan berintegriti.
  • Persekitaran kerja yang kondusif.
  • Prasarana ICT yang efisien dan selamat.

Fungsi Seksyen Pentadbiran Dan Sumber Manusia 

Bahagian Khidmat Pengurusan 

 

Unit Pengurusan Sumber Manusia 

1. Mengurus hal ehwal pembangunan organisasi dan penstrukturan semula Jabatan. 

2. Menguruskan pengisian dan pengemaskinian jawatan. 

3. Menguruskan hal ehwal cuti.

4. Menguruskan hal ehwal urusan persaraan. 

5. Menguruskan hal ehwal urusan tanggung kerja, permohonan elaun dan urusan perkhidmatan. 

6. Menguruskan hal ehwal pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. 

7. Menguruskan hal ehwal urusan permohonan elaun perkhidmatan lain di bawah Perintah Am Bab B dan Bab F. 

8. Menguruskan pelaksanaan HRMIS. 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search