PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Seksyen Logistik

VISI SEKSYEN

Menjadi peneraju kebangsaan dalam pengurusan dan koordinasi logistik kemanusiaan bencana yang cekap, bersepadu dan bertaraf antarabangsa

 

MISI SEKSYEN

  1. Mengemudi penyelarasan logistik bencana yang holistik dan bersepadu di peringkat nasional dan serta memperkukuh keupayaan tindak balas di arena serantau dan global.
  2. Merangka dasar, pelan induk dan SOP logistik yang mantap bagi memperkukuh pengurusan logistik bencana negara yang selari dengan amalan dan standard antarabangsa.
  3. Mengoptimumkan pengurusan sumber logistik strategik termasuk aset kritikal, bantuan kemanusiaan dan sistem komunikasi kecemasan dengan keupayaan tempatan yang bertaraf
  4. Memperkukuh keupayaan dan profesionalisme sumber manusia melalui inisiatif pengukuhan kompetensi berterusan dan kolaborasi strategik antarabangsa.
  5. Menyelaraskan kerjasama logistik awam-ketenteraan secara efektif serta memperteguh peranan sebagai hab logistik bencana serantau dan antarabangsa.

 

 FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEKSYEN LOGISTIK

  1. Menjadi focal point pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana di peringkat Nasional, Serantau dan Antarabangsa bagi urusan pengurusan dan koordinasi logistik bencana (disaster humanitarian logistics).                                                                                                              
  2. Mengesyor strategi, arahan, pelan tindakan, hala tuju dan apa-apa dokumen panduan atau rujukan berkaitan dengan pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana di peringkat dasar yang melibatkan aspek pengurusan dan koordinasi logistik bencana (disaster humanitarian logistics), termasuk penyelarasan keperluan pengurusan dan bantuan Bencana seperti menentukan bantuan logistik (termasuk emergency telecommunication) semasa Tindak Balas Bencana.                                                                                                                                               
  3. Memastikan pengamalan serta pelaksanaan dasar dan mekanisme pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana yang melibatkan aspek pengurusan dan koordinasi logistik bencana (disaster humanitarian logistics) berjalan lancar.                                                                                               
  4. Memberi khidmat nasihat mengikut kesesuaian (termasuk kepada Pengerusi JBPD, JPBN dan JPBP atau Agensi Peneraju yang melibatkan aspek pengurusan dan koordinasi logistik bencana (disaster humanitarian logistics), terutamanya Kumpulan Kerja Sokongan Logistik diterajui oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di bawah JPBP/JPBN/JPBD) mengenai pengendalian serta pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana yang melibatkan aspek pengurusan dan koordinasi logistik bencana (disaster humanitarian logistik.                                                                                               
  5. Menyelaras pengauditan (termasuk naziran dan AAR) dalam pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana yang melibatkan aspek pengurusan dan koordinasi logistik bencana (disaster humanitarian logistics), yang dijalankan oleh Agensi Kerajaan dan mengarahkan penambahbaikan untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana Negara.                                                                 
  6. Menyelaras strategi kependidikan kepimpinan dan pengukuhan kompetensi pengurus bencana dalam aspek pengurusan dan koordinasi logistik bencana (disaster humanitarian logistik).                                                                                                                                                                                      
  7. Menyelaras pengurusan dan koordinasi bantuan kepakaran (dari dalam atau luar Negara) dalam aspek pengurusan dan koordinasi logistik bencana (disaster humanitarian logistics), bagi membantu pengendalian sesuatu Bencana.                                                                      
  8. Membantu penyelarasan bantuan pengurusan dan koordinasi logistik bencana (disaster humanitarian logistics) bagi misi bantuan bencana Kerajaan Malaysia ke luar negara.                                                                                                                                                                
  9. Menguruskan Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN), dan aset dan kelengkapan bencana di bawah seliaan NADMA Malaysia

 

 

PERANAN DAN PENCAPAIAN SEMASA

  (A)  Perlaksanaan Inisiatif Pengukuhan Kesiapsiagaan Logistik Bencana Negara:

  • Penggubalan dasar mikro pengurusan Bantuan Logistik Bencana Negara, termasuk SOP Pengurusan Jambatan (Bailey Bridge)
  • Pengurusan Bantuan Logistik Bencana Negara kepada Negeri-negeri atau Agensi berkeperluan kritikal, termasuk urusan perolehan, kewangan dan pengurusan bagi pembekalan Jambatan (Bailey Bridge), khemah PKTK, bot menyelamat, jaket keselamatan, face mask, hand sanitiser, dll.

 (B)  Perlaksanaan Inisiatif Pengukuhan Pengurusan Logistik Bantuan Bencana Negara:

  • Penggubalan dasar mikro pengukuhan pengurusan logistik bantuan bencana negara, termasuk polisi dan SOP Pemberian Bantuan Makanan Bencana Negara (Kit Makanan (KM), Meal Ready-to-Eat (MRE)), serta SOP Pengurusan Penerimaan Sumbangan Barangan Bantuan Bencana NADMA Malaysia
  • Berkolaborasi dengan Kementerian Pertahanan Malaysia dan Depoh Simpanan Pertahanan dalam pengurusan Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN)
  • Pengurusan Sumbangan Barangan Bantuan Bencana Negara, termasuk sumbangan barangan dan sokongan logistik CSR syarikat-syarikat swasta ketika fasa kesiapsiagaan, fasa tindak balas dan fasa pasca bencana
  • Perlaksanaan Naziran dan After-Action Review (AAR) bagi Pengurusan Logistik Bencana dan Bantuan Bencana Negara ketika Musim Monsun Timur Laut (MTL), serta melaksanakan inisiatif penambahbaikan segera

 (C) Perlaksanaan Inisiatif Pengukuhan Koordinasi Logistik Bencana dan Emergency Telecommunication Negara:

  • Menjadi focal point bagi NADMA Malaysia bagi urusan pengurusan dan koordinasi logistik bencana (disaster humanitarian logistics), termasuk dalam ASEAN Emergency Telecommunication Network,
  • Menggubal dasar mikro pengukuhan koordinasi logistik bencana glokal, termasuk SOP Civil- Military Coordination in Logistics of Inbound Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR)
  • Berkolaborasi dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) serta syarikat-syarikat telekomunikasi dalam menyusun strategi public early warning system (PEWS) menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
  • Berkolaborasi bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Agensi/Institusi/Syarikat berkaitan dalam aspek pengurusan dan koordinasi logistik bencana (disaster humanitarian logistics), termasuk konsultasi kepada Kumpulan Kerja Sokongan Logistik diterajui oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di bawah JPBP/JPBN/JPBD, dan urusan penyimpanan dan pemasangan Bailey Bridge di Negeri-negeri terlibat
  • Menyelaras strategi kependidikan kepimpinan dan pengukuhan kompetensi pengurus bencana dalam aspek pengurusan dan koordinasi logistik bencana (disaster humanitarian logistics), termasuk keahlian dalam ASEAN Standards and Certification for Experts in Disaster Management (ASCEND) Reference Group (Humanitarian Logistics), serta kolaborasi strategik bersama institusi berkepakaran antarabangsa seperti:
  • United States Center For Excellence in Disaster Management (CFE-DM) dalam program tahunan pengukuhan civil-military coordination
  • United Nations Humanitarian Response Depot (UNHRD) / World Food Programme (WFP) Subang dalam program pengukuhan logistik kemanusiaan dan supply-chain
  • United States Forest Service (USFS) dalam pengukuhan kompetensi koordinasi taktikal logistik menerusi mekanisme Incident Command System (ICS)
  • AHA Centre dalam pengukuhan kompetensi pengurus logistik berasaskan standard kompetensi antarabangsa seperti ASCEND dan ASEAN Emergency Response and Assessment Team (ASEAN-ERAT)
  • Menyelaras pengurusan dan koordinasi bantuan kepakaran (dari dalam atau luar Negara) dalam aspek pengurusan dan koordinasi logistik bencana (disaster humanitarian logistics), bagi membantu pengendalian sesuatu Bencana, termasuk pengemaskinian berkala maklumat kepakaran dan ketersediaan (earmark) Malaysia dalam membantu negara ASEAN terjejas bencana dalam ASEAN Joint Disaster Response Plan (AJDRP) yang diselaras oleh AHA Centre
  • Membantu penyelarasan bantuan pengurusan dan koordinasi logistik bencana (disaster humanitarian logistics) bagi misi bantuan bencana Kerajaan Malaysia ke luar negara, termasuk urusan logistik bagi misi-misi bantuan bencana Malaysia ke luar negara, termasuk negara ASEAN, Australia, China, Turkiye dll, serta urusan memudahcara mobilisasi barangan bantuan DELSA di bawah seliaan AHA Centre yang ditempatkan di UNHRD Subang
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search