PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Seksyen Penyelarasan Operasi

Previous Next

18 Oktober 2023 ~ Latih Amal (Tabletop) Pelan Tindakan Keselamatan Empangan Temengor Sungai Perak sedang berlangsung bermula pada 17 - 19 Oktober 2023 bertempat di Impiana Hotel, Ipoh, Perak.
Latih Amal ini merupakan anjuran bersama NADMA, SUK Perak (JPBN) dan TNB Power Generation (TNB Genco).
 
Latih Amal ini juga melibatkan 5 daerah utama iaitu Hulu Perak, Perak Tengah, Kuala Kangsar, Bagan Datuk dan Hilir Perak dan 5 daerah sokongan iaitu Larut Matang & Selama, Kerian, Kinta, Batang Padang dan Manjung.
Antara agensi yang terlibat dalam Latih Amal ini adalah PDRM, JBPM, APM, ATM, JKM, KKM, RELA, MKN, JPS, JKR, METMalaysia, PPD dan JAPEN.
 
Elemen yang diuji dalam Latih Amal ini adalah Keselamatan, SAR, Kesihatan & Perubatan, Kebajikan, Sokongan & Logistik, Pengurusan Media dan Teknikal & Pakar. Latih Amal ini dirasmikan oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan). Turut hadir YBhg. Dato' Mohd Khairi Bin Khairudin, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi dan YBrs. Tuan Rusli Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi.
 
Previous Next

26 Julai 2023 - Seminar Pengurusan Bencana Disaster Management Working Group (DMWG) MAL-THAI merupakan program bilateral yang diadakan dua kali setahun secara bergilir antara Malaysia dan Thailand. Seminar ini merupakan salah satu program dan inisiatif bagi tahun 2023 oleh Kumpulan Kerja Pengurusan Bencana (DMWG) Malaysia/Thailand berlandaskan kepada arahan-arahan yang dikeluarkan bagi mencapai objektif perjanjian 18 Mei 2000 yang telah termeterai antara Kerajaan Malaysia dan Thailand. Seminar ini telah diadakan di Kroh Hot Spring And Riverview, Pengkalan Hulu, Perak pada 26 Julai 2023.

Seminar ini dihadiri oleh En Addyhanis bin Ahamad, Pengarah, Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO), NADMA selaku Pengerusi DMWG Malaysia (MJC), En Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah NDCC, NADMA selaku penceramah dan Mej Wazirudin bin Mahfot @ Mahbott, Penolong Pengarah Kanan (SPeO), selaku urusetia. Seramai 20 wakil agensi daripada Malaysia yang turut hadir dalam seminar ini adalah agensi-agensi dari Negeri Perak seperti PDRM, ATM, JBPM, APM, KKM, Kastam, Imigresen, JKM, PBSM dan MKN Negeri. Seramai 19 delegasi daripada Thailand turut hadir pada seminar ini. Pihak Malaysia-Thailand Border Coordination Office (MTBCO) selaku urusetia bagi seminar ini.

Acara pembukaan dirasmikan oleh Mr Eak Youngapai Na Songkla (District Officer of Betong). Manakala acara penutup dirasmikan oleh En Addyhanis bin Ahmad (Pengarah SPeO, NADMA). Seminar ini memfokuskan kepada bencana tanah runtuh bagi kawasan Pengkalan Hulu, Perak (Malaysia) dan Betong, Yala (Thailand). Ceramah bertajuk "Pengurusan Risiko Tanah Runtuh" yang disampaikan oleh Dr Ferdaus bin Ahmad dari JMG. Manakala ceramah bertajuk "Fungsi dan Peranan NDCC" disampaikan oleh En Nazaruddin bin Sharaai (Pengarah NDCC NADMA).

Previous Next

26 Julai 2023 - Joint Initial Planning Conferrence  IPC SAREX MALINDO KE-42 antara Malaysia dan Indonesia 2023 di Porta Hotel by Ambarukkmo, Yogyakarta, Indonesia. IPC ini telah dihadiri oleh wakil NADMA iaitu Tuan Rusli Bin Ibrahim & Supt. Al Amin Mukammal bin Abdul Razak. IPC ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Laksamana Madya Agus Haryoni, Director of SAR Preparedness of BASARNAS dan En. Suresh a/l V.B Menon, Pengarah Bahagian Operasi Navigasi Udara CAAM. Tarikh SAREX MALINDO ke 42 ini akan diadakan pada 19-22 September 2023 melibatkan dua lokasi iaitu di Pontianak, Indonesia & Kuching, Sarawak. NADMA memainkan peranan sebagai exercise planner dan telah melontarkan idea dan cadangan berkaitan exercise semasa sesi IPC SAREX MALINDO KE-42 ini.

250 petugas pasukan penyelamat bencana di Turkiye terima pingat

PUTRAJAYA: Seramai 250 petugas pasukan penyelamat bagi misi bencana di Turkiye pada Februari lalu menjadi kumpulan pertama menerima Pingat Misi Bantuan Kemanusiaan.

Pingat itu pertama kali diwujudkan bagi mengiktiraf dan menghargai jasa, bakti serta pengorbanan anggota-anggota penyelamat yang terbabit misi bencana dan menyelamat di luar negara.

Majlis penganugerahan itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Armizan dalam ucapannya berkata, pingat itu bagi mengiktiraf peranan disumbangkan oleh wira-wira negara sewaktu berada di Turkiye yang terdiri daripada pelbagai anggota pasukan penyelamat.

“Ia termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Katanya, pasukan pertama petugas penyelamat negara mula digerakkan ke Turkiye pada 6 Februari lalu bagi menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap akibat gempa bumi di Gaziantep.

Armizan berkata, pasukan penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan lima mangsa yang masih hidup dan mengeluarkan 47 mangsa yang meninggal dunia di bawah runtuhan bangunan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) berhadapan dengan beberapa cabaran yang agak mencabar antaranya cuaca ekstrem di lokasi bencana, koordinasi logistik dan pengangkutan serta perbezaan bahasa dan budaya,” katanya.

Pada masa sama, katanya, ATM menghantar seramai 110 orang pasukan perubatan bagi mengendalikan Hospital Medan Malaysia (HMM) bermula dari 15 Februari hingga 23 Mac lalu.

Katanya, seramai 2,415 pesakit berjaya dirawat termasuk 83 kes pembedahan.

“Sumbangan yang dicurahkan ini mengharumkan nama dan melonjakkan lagi imej Malaysia di pentas antarabangsa yang sudah pasti membanggakan kita semua.

“Ia akan menjadi tanda aras kepada Malaysia semasa menyertai SAR di luar negara pada masa akan datang,” katanya - UTUSAN

Pingat Persekutuan khusus untuk anggota penyelamat

PUTRAJAYA: Kerajaan akan meneliti syor untuk mewartakan pingat khidmat khusus anggota penyelamat yang terbabit dalam misi kemanusiaan sebagai Pingat Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata secara prinsipnya perkara itu sudah dipersetujui dan ketika ini pihak yang berkenaan sedang memuktamadkan prosesnya dengan Bahagian Istiadat, Istana Negara.

Katanya, selepas selesai, anugerah Pingat Khas ini akan dinaik taraf sebagai Pingat Persekutuan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada anggota kerajaan khususnya pasukan beruniform yang terbabit dengan mana-mana misi menyelamat ditetapkan kerajaan.

Katanya, pada masa ini Pingat Khas yang diberikan hanya sekadar di peringkat dalaman yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

"Secara dasarnya cadangan ini telah dipersetujui di peringkat Kabinet dan bagi permulaan kita menganugerahkan Pingat Khas ini terlebih dahulu kepada anggota yang terlibat," katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Pingat Khas Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana, di sini hari ini.

Seramai 250 anggota yang terbabit dalam misi itu di Gaziantep,Turkiye, Februari lalu menerima Pingat Khas.

Sebelum ini Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya semua petugas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang berkhidmat dalam misi menyelamat mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria diberikan elaun khas, sijil penghargaan serta pingat khidmat khusus sebagai menghargai pengorbanan serta komitmen petugas terbabit.

Anggota yang terbabit dalam misi itu terdiri daripada SMART, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Armizan berkata, anugerah julung kali itu menjadi satu pembaharuan dilakukan Kerajaan Perpaduan.

"Kita juga bercadang dan sedang mengkaji untuk memberikan pengiktirafan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam misi kemanusiaan," katanya.-BERITA HARIAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search