OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Dalamkan kolam tadahan langkah kurangkan banjir

SEREMBAN: Tindakan mendalamkan empat buah kolam tadahan di Bandar Hamilton dan Taman Desa Jasmin di Nilai dilihat sebagai kaedah jangka masa pendek yang dapat mengurangkan risiko banjir yang berlaku di Pekan Nilai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J. Arul Kumar menjelaskan, semasa hujan lebat air dari kawasan Bandar Hamilton Nilai menjadi salah satu punca menyebabkan berlakunya banjir tersebut.

Jelas beliau, air yang keluar dari tiga kolam tadahan di Bandar Hamilton akan terus masuk ke kawasan Pekan Nilai melalui Sungai Batang Labu, Sungai Momor dan Sungai Batang Nilai.

Tambahnya, manakala kolam tadahan di Taman Desa Jasmin pula mengeluarkan air yang akan terus ke Pekan Nilai melalui Sungai Sekah.

“Pembangunan pesat yang berlaku di sekeliling kawasan Pekan Nilai iaitu Bandar Baru Nilai dan Bandar Hamilton menyebabkan kawasan yang paling rendah iaitu Pekan Nilai selalu dtenggelami banjir.

“Apabila air semua dikeluarkan dan kolam itu didalamkan lagi, semasa hujan air dapat bertakung dengan kuantiti yang lebih banyak dan air hujan tidak akan terus turun ke Pekan Nilai dan risiko banjir dapat dikurangkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas kejadian banjir kilat yang berlaku di Pekan Nilai di sini pada 8 Disember lalu susulan hujan lebat berterusan selama dua jam yang menyebabkan lebih kurang 50 rumah dan kedai di kawasan itu dinaiki air.

Arul Kumar menambah, untuk tindakan jangka masa pendek, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Seremban telah meminta pemaju Bandar Hamilton untuk mendalamkan lagi kolam tadahan tersebut dan air dikeluarkan semasa bukan hujan. – UTUSAN

 

Econsave hantar 30 tan barangan bantu mangsa banjir

KULAI: Prihatin dengan nasib menimpa rakyat di Pantai Timur yang dilanda banjir bulan lalu, Pasaraya Econsave menghantar 30 tan makanan kering dan pakaian ke negeri-negeri terjejas.

Pengurus Besarnya, Mas Imran Adam berkata, barangan itu termasuk hasil sumbangan orang ramai dalam Program Bakul Makanan yang diadakan minggu lalu.

“Program Bakul Makanan diadakan di semua cawangan Econsave di Melaka, Negeri Sembilan dan negeri ini mendapat sambutan menggalakkan.

“Sebanyak 30 tan makanan kering dan pakaian dikumpulkan yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000,” katanya ketika ditemui di Econsave Senai, dekat sini.

Sebelum ini, Econsave menyalurkan sumbangan berupa pakaian sebanyak lima tan ke negeri-negeri Pantai Timur yang terjejas banjir.

Antara barangan disumbangkan termasuklah barangan makanan kering dan keperluan bayi serta wanita yang akan dikumpulkan di beberapa lokasi seperti di Tumpat dan Kubang Kerian, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu.

Bagi memastikan pembahagian bantuan berjalan lancar, kolaborasi bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk MyCare, diadakan bagi mengenal pasti penerima yang layak.

“Selain menghantar sumbangan ke lokasi penerima, pasukan kami turut berada di sana bagi membantu mangsa banjir membersih rumah,” katanya. – UTUSAN

 

Floods expected to hit 37 villages in Kuala Krai from Tuesday, warns DID

KOTA BARU: Floods are expected to hit nearly 37 villages near Sungai Kelantan, Sungai Nal, Sungai Pahi, Sungai Lebir, Sungai Durian, Sungai Pergau, Sungai Salor and Sungai Tebing in Kuala Krai from Tuesday (Dec 17) to Wednesday.

The Irrigation and Drainage Department issued the warning following the alert-level continuous rain forecast by the Malaysian Meteorological Department on Saturday.

The department said the villages affected were in areas along Sungai Kelantan including Kampung Sepuluh, Kampung Bukit Arang, Kampung Guchil, Kampung Batu Lada, Kampung Dusun Nyior, Kampung Aur Duri, Kampung Kuala Nal, Kampung Pasir Era, Kampung Ngangoh, and Kampung Enggong.

Other villages are Kampung Batu Jong, Kampung Sungai Pertang, Kampung Pasir Jering, Kampung Pasir Gajah, Kampung Bedal, Kampung Batu Mengkebang/Keroh and Kampung Bukit Sireh (Sungai Nal).

Villages near Sungai Pahi are expected to be hit by floods are Kampung Batu Mengkebang, Kampung Pahi, Kampung Gatal, Taman Perisai Wira, Dusun Damar, Kampung Belanga, Kampung Sungai Pas and Kampung Temalir.

Floods are also expected to hit Kampung Sungai Durian and Kampung Sungai Embak (Sungai Durian) and Kampung Tualang, Kampung Bekok, Kampung Manik Urai, Kampung Gajah, Kampung Laloh, Kampung Karangan and Kampung Manjor (Sungai Lebir), it said.

The department added that Kampung Biak (Sungai Pergau), Kampung Pasir Kelang (Sungai Salor) and Kampung Kenor (Sungai Tebing) are expected to be flooded.

Flooding could occur earlier or later than expected, as the department advised residents, particularly those in flood-prone areas, to remain vigilant and follow the authorities' instructions. - Bernama

 

12,852 tan sisa bah dibersih di 7 negeri

Alor Setar: Sebanyak 12,852.18 tan sisa banjir di tujuh negeri dibersihkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Swcorp) sejak 28 November hingga 11 Disember lalu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata jumlah itu membabitkan 45 tempat, iaitu 22 kawasan perkhidmatan dan 23 kawasan yang luar dari kawasan perkhidmatan yang terjejas akibat banjir.

Beliau berkata, sebanyak 153 unit jentera turut digunakan dengan membabitkan bantuan pekerja seramai 362 orang.

“Operasi pembersihan untuk tujuh negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 akan dikuatkuasakan melalui SW Corp dan bersama rakan-rakan konsesi.

“Kedah dan Pahang negeri yang terkesan buat masa ini. Walaupun Kelantan tidak termasuk dalam senarai asal, kami tetap membantu di Tumpat,” katanya selepas meninjau pembersihan dan dan pengurusan pasca banjir di Taman Aman, di sini, semalam.

Bersih sampah pukal

Sementara itu Aiman Athirah berkata, di Kedah saja sebanyak 730 tan sisa banjir dibersihkan dan dihantar ke tapak pelupusan Jabi, Pokok Sena dalam operasi sejak 30 November lalu.

“Banjir yang melanda pada 26 November lalu menyebabkan pengumpulan lumpur dan longgokan sampah pukal di kawasan kediaman.

“Swcorp Kedah sudah pun mengambil tindakan segera dengan menggerakkan jentera pembersihan syarikat konsesi dengan membersihkan longkang dan sampah pukal serta dibantu pelbagai pihak,” katanya.

Lencongan sementara dibina di kawasan lubang benam jalan Gua Musang-lojing

Gua Musang: Pengguna jalan raya dari Gua Musang ke Cameron Highlands boleh menggunakan laluan Sungai Koyan-ringlet-cameron Highlands susulan penutupan jalan di Kilometer (KM) 78 Gua Musang-lojing, sejak kelmarin.

Laluan di KM78 Jalan Gua Musang-lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke ditutup kepada semua kenderaan susulan tanah mendap.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pembinaan lencongan sementara juga akan dilaksanakan oleh Roadcare (M) Sdn Bhd (RCSB) dengan segera untuk kegunaan pengguna laluan terbabit.

“Dalam situasi cuaca buruk terutama di Pantai Timur, ia menyumbang kerosakan jalan raya di beberapa kawasan.

“Terbaharu, kejadian jalan mendap di KM78 Jalan Lojing-gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke.

“Kerosakan itu menyebabkan jalan terpaksa ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula semalam sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Tindakan ini perlu diambil bagi memastikan keselamatan semua pihak terutamanya pengguna jalan raya di laluan itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, menyeru semua pihak supaya mematuhi arahan pihak berkuasa untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Kelmarin media melaporkan Laluan di KM78 Jalan Gua Musang-lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan susulan berlaku jalan mendap pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata laluan itu ditutup kepada semua kenderaan daripada kedua-dua arah hingga arahan baharu dikeluarkan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search