OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Econsave hantar 30 tan barangan bantu mangsa banjir

Econsave hantar 30 tan barangan bantu mangsa banjir

KULAI: Prihatin dengan nasib menimpa rakyat di Pantai Timur yang dilanda banjir bulan lalu, Pasaraya Econsave menghantar 30 tan makanan kering dan pakaian ke negeri-negeri terjejas.

Pengurus Besarnya, Mas Imran Adam berkata, barangan itu termasuk hasil sumbangan orang ramai dalam Program Bakul Makanan yang diadakan minggu lalu.

“Program Bakul Makanan diadakan di semua cawangan Econsave di Melaka, Negeri Sembilan dan negeri ini mendapat sambutan menggalakkan.

“Sebanyak 30 tan makanan kering dan pakaian dikumpulkan yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000,” katanya ketika ditemui di Econsave Senai, dekat sini.

Sebelum ini, Econsave menyalurkan sumbangan berupa pakaian sebanyak lima tan ke negeri-negeri Pantai Timur yang terjejas banjir.

Antara barangan disumbangkan termasuklah barangan makanan kering dan keperluan bayi serta wanita yang akan dikumpulkan di beberapa lokasi seperti di Tumpat dan Kubang Kerian, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu.

Bagi memastikan pembahagian bantuan berjalan lancar, kolaborasi bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk MyCare, diadakan bagi mengenal pasti penerima yang layak.

“Selain menghantar sumbangan ke lokasi penerima, pasukan kami turut berada di sana bagi membantu mangsa banjir membersih rumah,” katanya. – UTUSAN

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search