OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Dua PPS terakhir ditutup

Dua PPS terakhir ditutup

Banjir gelombang ketiga di Terengganu pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri memaklumkan PPS Masjid Kampung La dan Dewan Terbuka Kampung Belaoh di Besut ditutup jam 10 pagi.

Menurut sekretariat itu, semua 44 mangsa daripada 12 keluarga di dua PPS berkenaan dibenarkan pulang selepas banjir di rumah masing-masing surut dan cuaca kembali cerah semalam.

Bagaimanapun, penduduk di negeri itu diingatkan supaya tetap dalam keadaan berjaga-jaga dan peka dengan perubahan cuaca susulan musim Monsun Timur Laut belum berakhir.

Banjir gelombang ketiga di Terengganu yang bermula Ahad lalu menyaksikan lebih 400 mangsa dipindahkan ke PPS di tiga daerah terkesan iaitu Hulu Terengganu, Besut dan Kemaman.Bernama

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search