OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Pindah sebelum laluan terputus

Pindah sebelum laluan terputus

“Saya dan anak segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan bimbang laluan keluar dari kampung ini terputus. Alhamdulillah hari ini (semalam) anak saya sempat menduduki peperiksaan ulangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi ujian mendengar,” ujar Bakemah Jaiman, 68.

Bakemah dan anak perempuannya, Nurul Mariatul Fatiah Azman, 26, berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan Gembut di sini, sejak kelmarin, selepas kediaman mereka ditenggelami air sedalam lebih satu meter.

Katanya, kediamannya berada di tepi Sungai Gembut di sini, sering ditenggelami air ketika banjir. “Anak saya menduduki peperiksaan ulangan bagi kertas Bahasa Inggeris sahaja selepas gagal ujian itu ketika di tingkatan lima dahulu. “Anak sepatutnya mengambil peperiksaan ulangan itu di sekolah

“Saya ada bot untuk selamat diri berikutan banjir amat teruk di sini Bakemah di bandar Kota Tinggi. Mujur selepas hubungi pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dia dibenarkan duduki ujian itu di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Jaafar Albar di Tanjung Sedili.

“Terdapat dua lagi calon menjadi mangsa banjir dan sama-sama menduduki peperiksaan itu di Tanjung Sedili. Sejak malam kelmarin dia membuat ulang kaji di PPS sahaja,” katanya ketika ditemui di Kampung

Gembut, Tanjung Sedili di sini, semalam.

Menurut Bakemah, bencana banjir sudah sebati dengan hidupnya. Malah katanya, mereka sekeluarga sering minta dikeluarkan awal ke PPS berikutan bimbang arus kuat sungai, selain faktor usia.

“Saya ada bot sendiri sebagai persiapan menyelamatkan diri berikutan banjir amat teruk di sini,” katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search