OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Penternak rugi RM110,000 37 lembu mati dihanyut air

Penternak lembu di lebih 10 kampung di Pengkalan Kubor, dekat sini, berdepan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit apabila ternakan mereka mati dan hanyut ketika banjir baru-baru ini.

Meskipun masih ada ternakan yang selamat tapi kebanyakannya kini mengalami penyakit disebabkan terlalu lama berada dalam air.

Ini kerana banjir yang datang tidak disangka terlalu teruk sehinggakan penternak tidak sempat membawa keluar ternakannya ke tempat lebih selamat.

Menurut Mohd Azrul Abdul Rahman, 36, dia menanggung kerugian sebanyak RM110,000 kerana 37 lembu peliharaannya mati serta dihanyutkan air ketika banjir gelombang pertama baru-baru ini.

“Walaupun kandang di Kampung Palas Merah sudah dibina agak tinggi, air masih menenggelamkan sebahagian lembu yang tidak sempat dibawa keluar.

“Daripada hampir 300 lembu yang diletakkan di kandang itu, lebih 200 ekor. “Bayangkan empat hingga lima hari lembu berendam dalam air, kesannya kaki lembu jadi bengkak dan ada yang berkudis, mungkin lama kelamaan akan mati” Mohd Azrul

sudah dijual sebelum banjir manakala selebihnya berada di kandang. Sebahagiannya saya sempat keluarkan pada hari pertama air melimpah dan 37 menjadi mangsa banjir dengan ada yang hanyut dan tenggelam air,” katanya.

Mohd Azrul berkata, ada juga beberapa ekor yang disembelih lebih awal kerana kelihatan ‘tidak sihat’. Katanya, kebanyakan lembu milik penternak di sekitar kampungnya berdepan dengan penyakit kulit.

“Bayangkan empat hingga lima hari lembu berendam dalam air, kesannya kaki lembu jadi membengkak dan ada yang berkudis, mungkin lama kelamaan akan mati,” katanya.

Setiap kali musim banjir, laluan Jalan Keselamatan dan Pembangunan (Kesban) antara lokasi selamat untuk penduduk meletakkan kenderaan atau menambat ternakan mereka.

Bagaimanapun ketika banjir lalu, laluan itu menerima limpahan air menyebabkan banyak kenderaan rosak serta ternakan berendam dalam air sehingga empat ke lima hari.

Bagi penternak yang ingin dikenali sebagai Amran, 57, semua lima lembunya ditambat di Jalan Kesban dan datang memberi makan setiap hari walaupun situasi ketika itu agak terancam dengan paras air semakin meningkat.

“Disebabkan banyak hari lembu berendam dalam air, kaki mereka menjadi berkudis dan sudah diubati, tetapi ia tidak berkesan bagi lembu yang sudah berkeadaan terlalu teruk.

“Boleh dikatakan penternak kini sedang menunggu lembu mereka mati seekor demi seekor kesan dari banjir yang luar jangka baru-baru ini,”

20 kampung, satu pekan dijangka dilanda banjir

Lebih 20 kampung dan sebuah pekan di kawasan rendah dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Golok di Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli dijangka mengalami banjir bermula hari ini hingga Rabu ini, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

JPS mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi kelmarin.

Kenyataan itu memaklumkan lokasi dijangka banjir di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas ialah Kampung Tersang, Kampung Lanchang, Kampung Gual To’Deh, Kampung Mak Ribi Jeram Perdah, Kampung Padang Licin, Kampung Bendang Perol, Kampung Jejawi, Kampung Siram, Kampung Banggol Kong, Kampung Bukit Lata, Kampung Gelang Mas dan Kampung Tersang.

Kampung lain ialah Kampung Lanchang, Kampung Padang Kijang, Kampung Kelawar, Kampung Tasik Cina, Pekan Rantau Panjang, Kampung Lubok Gong, Kampung Gual Dalam, Kampung Tok Deh, Kampung Tok Rusa dan Kampung Telaga Mas.

Kampung terlibat di Sungai Golok di Tanah Merah ialah Kampung Jenob, Kampung Nibong, Kampung Renab dan Kampung Air Bujing, manakala di Sungai Golok di Jeli melibatkan Kampung Ayer Lanas.

JPS turut memaklumkan banjir diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan.

Amaran terbabit dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan dijangka banjir mengambil langkah waspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa.

Jumlah mangsa banjir kekal 47 orang, 2 PPS dibuka

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang setakat 6 pagi, Ahad.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri yang masih terjejas.

Johor mencatat sejumlah 36 mangsa daripada satu keluarga dan ditempatkan di satu PPS di daerah Segamat.

Manakala, satu PPS dibuka di Pahang di Maran yang menempatkan 11 mangsa daripada empat keluarga.

Lubang benam: Jalan Lojing-Gua Musang ditutup sehingga tarikh yang akan dimaklumkan – JKR

GUA MUSANG: Laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing–Gua Musang ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan bermula semalam sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak berikutan terdapat lubang benam di kawasan itu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan dalam kenyataan memaklumkan lubang benam sedalam sembilan meter itu berlaku berdekatan Kampung Jek Jok di sini pada 11.18 pagi tadi.

“Sila rancang perjalanan anda dan patuhi papan tanda yang telah disediakan. Berhati-hati di jalan raya,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik dalam Facebook.

Sebelum ini, kejadian sama berlaku di lokasi berhampiran pada 23 November lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi Bernama berkata laluan berkenaan ditutup dari kedua-dua arah.

Beliau berkata pengguna jalan raya dari Tanah Tinggi Lojing ke Gua Musang atau Gua Musang ke Cameron Highlands di Pahang dan ke Ipoh di Perak perlu menggunakan laluan lain.

“Kawasan lubang benam baharu ini terletak kira-kira lima meter dari lokasi kejadian lubang benam pertama dan tindakan segera telah diambil oleh pihak JKR dengan membaiki lubang benam itu,” katanya.

Pada 23 November lepas, sebuah lubang benam sedalam enam meter berlaku di Jalan Lojing–Gua Musang di Kampung Jek Jok, Pos Brooke, namun telah dibaiki JKR.

— BERNAMA

Kelantan civil defence warns of dangerous beaches

KOTA BARU: The Kelantan Civil Defence Department has identified four “hotspot” beaches that are dangerous for recreational activities this monsoon season.

State Civil Defence Force director Colonel Mohd Adzhar Mujab said they had placed red flags on the beaches, including the popular Pantai Cahaya Bulan near here, to warn the public from entering the water.

He said the other three were Tumpat, Bachok and Tok Bali beaches.

“We have set up our towers at this four beaches and placed red flags around the towers. This to warn swimmers from entering the water due to the current strong and high waves,” he added.

He said the red flags were placed on the beaches since September. “It will be there until the northeast monsoon ends,” he added.

He advised visitors to keep their children close by to avoid any untoward incidents.

Meanwhile, a visit to Pantai Cahaya Bulan found that many people had spent the weekend by bringing their children and family to the beach.

The visitors, however, did not enter the water but sat near the embankment, taking pictures of the raging sea.

The Malaysian Meteorological Department had said that continuous rain was expected in Kelantan and Terengganu for four days starting Monday.

It said that the Hulu Perak district in Perak would also experience similar weather conditions. In Pahang, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan and Rompin are also expected to face continuous rain.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search