OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

20 kampung, satu pekan dijangka dilanda banjir

20 kampung, satu pekan dijangka dilanda banjir

Lebih 20 kampung dan sebuah pekan di kawasan rendah dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Golok di Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli dijangka mengalami banjir bermula hari ini hingga Rabu ini, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

JPS mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi kelmarin.

Kenyataan itu memaklumkan lokasi dijangka banjir di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas ialah Kampung Tersang, Kampung Lanchang, Kampung Gual To’Deh, Kampung Mak Ribi Jeram Perdah, Kampung Padang Licin, Kampung Bendang Perol, Kampung Jejawi, Kampung Siram, Kampung Banggol Kong, Kampung Bukit Lata, Kampung Gelang Mas dan Kampung Tersang.

Kampung lain ialah Kampung Lanchang, Kampung Padang Kijang, Kampung Kelawar, Kampung Tasik Cina, Pekan Rantau Panjang, Kampung Lubok Gong, Kampung Gual Dalam, Kampung Tok Deh, Kampung Tok Rusa dan Kampung Telaga Mas.

Kampung terlibat di Sungai Golok di Tanah Merah ialah Kampung Jenob, Kampung Nibong, Kampung Renab dan Kampung Air Bujing, manakala di Sungai Golok di Jeli melibatkan Kampung Ayer Lanas.

JPS turut memaklumkan banjir diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan.

Amaran terbabit dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan dijangka banjir mengambil langkah waspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search