OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Lubang benam: Jalan Lojing-Gua Musang ditutup sehingga tarikh yang akan dimaklumkan – JKR

Lubang benam: Jalan Lojing-Gua Musang ditutup sehingga tarikh yang akan dimaklumkan – JKR

GUA MUSANG: Laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing–Gua Musang ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan bermula semalam sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak berikutan terdapat lubang benam di kawasan itu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan dalam kenyataan memaklumkan lubang benam sedalam sembilan meter itu berlaku berdekatan Kampung Jek Jok di sini pada 11.18 pagi tadi.

“Sila rancang perjalanan anda dan patuhi papan tanda yang telah disediakan. Berhati-hati di jalan raya,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik dalam Facebook.

Sebelum ini, kejadian sama berlaku di lokasi berhampiran pada 23 November lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi Bernama berkata laluan berkenaan ditutup dari kedua-dua arah.

Beliau berkata pengguna jalan raya dari Tanah Tinggi Lojing ke Gua Musang atau Gua Musang ke Cameron Highlands di Pahang dan ke Ipoh di Perak perlu menggunakan laluan lain.

“Kawasan lubang benam baharu ini terletak kira-kira lima meter dari lokasi kejadian lubang benam pertama dan tindakan segera telah diambil oleh pihak JKR dengan membaiki lubang benam itu,” katanya.

Pada 23 November lepas, sebuah lubang benam sedalam enam meter berlaku di Jalan Lojing–Gua Musang di Kampung Jek Jok, Pos Brooke, namun telah dibaiki JKR.

— BERNAMA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search